Selamat Hari Raya Aidiladha..

1Assalamualaikum..

Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Kamezaim ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua teman-teman serta pelawat-pelawat yang mengunjungi laman ini. Kepada yang ingin pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan anda. Makan daging korban tu sikit-sikit dah lerr, takut nanti darah tinggi.. hehe Kalau ada yang nak sedekahkan daging korban pada kamezaim, alhamdulillah… Sebab kamezaim tak dapat nak balik ke kampung untuk raya aidiladha tahun ni. Kepada yang terpaksa bertugas pada hari raya aidiladha tahun ni, selamat bertugas semua.

Bukan di kampung sahaja yang ada majlis qurban, di bandar-bandar pun ada. Cuma yang bezanya adalah suasananya. hehe Buat ayah tercinta, kamezaim ingin memohon maaf kerana tidak dapat balik beraya. Tahun ni ayah kamezaim hanya beraya berempat saja di kampung, dengan kakak yang sulung dan 2 anak dia. Ada ayah kamezaim hantar mesej pada kamezaim, dia kata tahun ni tak buat kuih apa kot sebab raya berempat jee.. Buat kuih pun bukan ada sape nak makan.. (Mendalam maksud tu..). 4 lagi anak dia tidak dapat balik beraya, mungkin kerana itulah dia berkata begitu.. Apa boleh buat,..

Kepada yang menunaikan ibadah haji, selamat menjalani ibadah haji. Semoga selamat pergi dan pulang..

4 Pendapat untuk “Selamat Hari Raya Aidiladha..”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 42Pelawat Hari Ini:
  • 65Pelawat Semalam:
  • 362Pelawat Minggu Lepas:
  • 37560Jumlah Pelawat:
  • 1Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net