Cinta & Pengorbanan.. (Bah. III)

7 hari kemudian..
Intan dibenarkan pulang oleh pihak Hospital. Sham lah antara insan yang sangat gembira mendengarnya. Sham seperti biasa, menuju ke Hospital dengan niat untuk membawa pulang Intan ke rumah. Setibanya dia di Hospital, dia terlihat Intan yang sudah sedia menantinya. Senyuman yang terukir di bibir Intan menambahkan lagi kegembiraan di hati Sham. Sambil dibantu ahli keluarga yang lain, Intan di bawa keluar dari Hospital. Dengan menggunakan kerusi roda, Intan dibawa menuju ke kenderaan dan mereka pun bergerak pulang ke rumah Sham..
Setibanya mereka di rumah, Sham segera turun dari kenderaan dan terus membuka pintu pagar. Jelas terpancar kegembiraan Sham di mata Intan, Intan tersenyum seorang diri melihat telatah suaminya itu. Dengan segera Sham datang kembali ke kederaan untuk mendukung Intan. Sham meletakkan Intan di atas katil mereka dan kembali semula ke kenderaan untuk mengambil barang-barang Intan. Sham kembali ke bilik mereka dan duduk di sebelah Intan. Intan yang tidak mampu bergerak hanya memandang ke arah Sham. Sham membelai rambut Intan dengan penuh kasih dan sayang, akibat belaian itu Intan pun terlena. Sham yang keletihan tersebut pun turut terlena di sisi Intan..
Pada keesokan harinya, Sham membawa Intan ke bilik mandi. Hanya kedengaran gelak-tawa dari mereka. Sham mandikan Intan tak ubah seperti bayi yang baru dilahirkan. Intan hanya tersenyum memandang Sham yang sedang mencuci badannya. Sham juga turut tersenyum melihat Intan..
Sham : Kenapa senyum?. Sukalah tu..
Intan : Memang suka pun. Siapa yang tak suka bila ada orang tolong mandikan kita.. (Intan ketawa kecil)
Sham : Lepas ni Intan kena mandikan abang pula tau.. (Gurau Sham)
Intan : Abang, sejak kita kahwin tak pernah kita mandi bersama kan?. Maafkan Intan abang..
Sham : Tak pe Intan, lepas ni hari-hari abang mandikan Intan. Dah siap, jom pakai baju.
Sham mendukung Intan ke katil dan mengambil sehelai tuala untuk mengesat air dibadan Intan. Intan hanya mampu memerhati apa yang dilakukan oleh suaminya itu. Terasa sungguh terharu dengan pengorbanan suaminya. Intan mula bertekad dalam hatinya, dia ingin menjadi seorang isteri yang baik dan tahu menghargai suaminya. Apabila dia sudah sembuh nanti, dia ingin menjadi seorang suri-rumah sepenuh masa. Tiada apa lagi yang ingin dikejarkan, baginya kini, suaminya lah yang paling bermakna. Baru dia sedar bahawa wang dan harta bukanlah segala-galanya. Ada satu yang tak boleh dibeli dengan nilai wang dan harta iaitu pengorbanan..
Begitulah rutin harian Sham. Sebelum pergi kerja Sham akan mandikan Intan dahulu. Kemudian suapkan Intan untuk sarapan pagi. Ditengah harinya pula, Sham akan pulang ke rumah membawa makanan untuk Intan. Kalau dulu Sham selalu keluar dengan kawan-kawan tapi sekarang tidak lagi. Sham terpaksa berkorban kepentingan dirinya kerana isterinya dirumah memerlukannya. Kadangkala Sham bawa Intan pergi bersiar-siar di taman permainan yang berdekatan untuk menghilangkan rasa jemu Intan kerana asyik terlantar di atas katil saja. Walau pernah satu ketika Sham dihina kerana memiliki isteri yang lumpuh seolah-olah sudah tidak berguna lagi, Sham tabahkan hatinya dengan segala cemuhan tersebut. Sham tahu suatu hari nanti isterinya pastikan sembuh. Cuma masa dan takdir yang akan menentukannya..
Sham bawa Intan ke Hospital pakar untuk rawatan susulan. Sham dan Intan diberi nasihat untuk mengikuti jadual rawatan seperti yang telah ditetapkan. Makan makanan yang seimbang dan sentiasa melakukan pergerakan untuk memastikan saluran darah tidak terganggu. Demi melihat Intan kembali seperti biasa, Sham bersetuju dengan nasihat doktor tersebut. Dia nekad untuk lakukan apa saja asalkan dapat melihat Intan bergerak seperti biasa.
Sham : Intan, Intan kena dengar cakap doktor ye. Apa yang doktor cakap tu adalah untuk kebaikan Intan juga.
Intan : Ye abang, Intan tahu. Jangan bimbang. Intan pun tak nak menyusahkan abang lagi.
Sham : Janganlah cakap macam tu ye sayang..
Intan : Abang, nanti kalau intan dah sembuh, Intan nak jadi suri-rumah sepenuh masa boleh?. Intan dah tak nak kerja lagi.
Sham : Habis tu macam mana dengan syarikat Intan tu?. Bukankah itu impian Intan selama ini.. Tak kan Intan nak biarkan syarikat tu begitu saja?..
Intan : Abang, dalam hidup Intan sekarang hanya ada abang. Abang yang paling bermakna dalam hidup Intan. Dulu Intan abaikan abang kerana ingin tumpukan perhatian kepada syarikat Intan tapi sekarang, orang yang Intan abaikan dulu lah yang telah banyak berkorban untuk Intan. Abang, dulu abang pernah kata pada Intan kan, yang abang inginkan anak. Intan dah bersedia sekarang abang, Intan dah bersedia untuk jadi ibu kepada anak-anak abang..
Sham : Intan… Abang rasa bahagia sangat bila Intan kata macam tu. Terima kasih Intan.. Terima kasih..
Intan : Eh, Intan yang sepatutnya ucap terima kasih pada abang.. Bukannya abang..
Mereka ketawa sendiri sambil diperhatikan doktor tadi. Sham dan Intan pun berlalu meninggalkan perkarangan Hospital tersebut tapi Sham tidak terus memandu untuk pulang ke rumah sebaliknya Sham bawa Intan ke sebuah pusat membeli-belah yang berdekatan situ. Sham mendukung Intan dan meletakannya di dalam kerusi roda dan membawa Intan masuk ke dalam pusat membeli-belah tersebut..
Intan : Kenapa abang bawa Intan ke sini?.
Sham : Saja, nak ajak Intan shopping. Tak suka ke?
Intan : eh, bukan tak suka cuma terkejut je. (Intan ketawa kecil)
Sham : Kalau ada apa-apa yang Intan berkenan, bagitahulah abang ok.
Sham pun membawa Intan bersiar-siar dari satu kedai ke satu kedai. Sham dapat lihat kegembiraan di hati Intan, sekaligus mengembirakan hatinya juga. Ramai yang memandang ke arah mereka berdua membuatkan Intan terasa sedikit malu. Intan memandang ke arah suaminya, mengharapkan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Intan meluahkan keinginan di hati kepada Sham untuk menonton wayang. Sham yang mendengar permintaan tersebut segera membawa Intan menuju ke sebuah pawagam yang terletak di tingkat atas pusat membeli-belah tersebut. Setibanya mereka di kaunter pawagam tersebut.. :
Sham : Hai.. Saya nak beli tiket untuk 2 orang.
T. Tander : Hai.. Minta maaf encik kerana kerusi roda tidak dibenarkan bawa masuk.
Sham : Cik, isteri saya teringin sangat nak tengok filem ni. Kenapa pula berkerusi roda tak dibenarkan masuk?!.
T. Tender : Inilah adalah peraturannya encik. Saya tak boleh berbuat apa-apa. Maafkan saya encik..
Intan : Abang, tak mengapalah abang. Jomlah kita pergi tempat lain.. (Nada kecewa)
Sham : Kan Intan cakap tadi nak tengok wayang, abang akan buat apa saja asalkan Intan dapat tengok wayang.. (Bisik Sham di telinga Intan)
Sham : Cik, saya nak beli juga 2 tiket dan saya janji saya tak bawa masuk kerusi roda. Kerusi roda isteri saya ni cik simpan sampai wayang habis. Boleh?.
T. Tender : Err.. Macam mana tu encik?. Kan isteri encik memerlukan kerusi roda.?
Sham : Jangan banyak tanya boleh tak?. Saya tahulah apa saya nak buat!. Cepat, mana tiketnya?. Wayang dah nak mula tu..
T. Tender : Err.. Ini tiketnya encik..
Sham mengambil tiket tersebut dan membawa Intan ke tepi pintu masuk wayang tersebut. Sham mendukung Intan dan meletakkan Intan di tepi dinding pintu masuk tersebut. Kemudian Sham membawa kerusi roda tersebut ke T. Tender tadi..
Sham : Nah, ambil ni. Simpan baik-baik.. Nanti habis filem saya nak ambil balik!.
T. Tender : Err.. Baik encik..
Sham meninggalkan T. Tender tersebut yang berada dalam keadaan terpinga-pinga. Sham segera mendapatkan Intan yang terduduk di tepi dinding tadi. Sham mendukung Intan dan membawa Intan masuk ke dalam pawagam tersebut. Semua orang memerhatikan tingkah-laku Sham termasuklah T. Tender tadi. Sham mencari tempat duduk mereka dan meletakkan Intan disitu.
Intan : Abang, tak pe ke macam ni?.
Sham : Kenapa Intan, kenapa pula tak boleh?. Kan T. Tender tu cakap kerusi roda je yang tak boleh bawa masuk. Mana ada abang bawa masuk kerusi roda pun. Abang bawa masuk isteri abang je..
Intan : Terima kasih abang.. (Nada sedih)
Sham : Dah, jangan nak nangis. Filem dah nak mula ni. Intan, sejak kita kahwin inilah kali pertama kita tengok wayang bersama kan.. (Ketawa kecil)
Intan : Ye abang. Lepas ni kita tengok wayang hari-hari ok. (Ketawa kecil)
Sham : Oooo.. Perli abang yerr..
Intan : Eh, tak adalah.. Mana ada perli.. Abang, Intan nak pegang tangan abang tapi tak mampu.. (Nada mengharap)
Sham pun segera mencapai tangan Intan yang lembut itu. Intan hanya tersenyum. Wayang gambar pun bermula, mereka terasa bahagia terutama sekali Sham. Sedang mata Intan asyik melihat ke arah skrin tapi lain pula mata Sham. Sham lebih memandang ke arah wajah Intan tanpa disedari Intan. Baginya, wajah disebelahnya lebih bermakna dari wajah di dalam skrin. Masa terus berlalu dan wayang pun sudah tamat, Sham mendukung Intan semula dan menuju ke kaunter tiket tadi.
Sham : Hai cik, mana kerusi roda tadi?.
T. Tender tersebut pun mengambil kerusi roda yang di simpannya lalu memberikan kepada Sham. Sham yang tengah mendukung Intan segera meletakkan Intan di dalam kerusi roda tersebut. Intan perasan yang T. Tender itu hanya memandang ke arahnya lalu Intan bersuara.. :
Intan : Kenapa cik? Ada yang tak kena ke?.
T. Tender : Eh, tak adalah. Maafkan saya.
Sham : Alah Intan, biasalah tu. Orang kalau dah tak pernah tengok kerusi roda memang macam tu.
Intan : Abang, jangan marah dia. Dia hanya pekerja biasa je. Undang-undang tu buka dia yang tetapkan. Tak baik abang cakap macam tu tau..
T. Tender : Maafkan saya encik, cik. Saya kagum dengan cik, Beruntung cik dapat suami macam encik ni.
Intan : Terima kasih. Ye, memang saya beruntung.
Sham : Dah lah tu, jom kita balik. Hari pun dah lewat ni.
T. Tender tersebut hanya mampu memandang sepasang suami-isteri yang hidupnya cukup bahagia mahupun terdapat kekurangan dari segi fizikalnya. Sham terus memandu manakala Intan hanya tersenyum sambil memandang wajahn Sham..
Sham : Kenapa pandang abang macam tu?. Tahulah abang ni hensem. (Ketawa kecil)
Intan : A’ah, abang memang hensem. Abang, terima kasih pasal tadi. Intan bahagia sangat abang, terima kasih.
Sham : Tak mengapa Intan, yang penting bagi abang adalah kebahagiaan Intan.
Mereka pun tiba dirumah dan seperti biasa, Sham mendukung Intan dan segera membawanya masuk ke dalam rumah. Hari-hari berikutnya, seperti biasa Sham membawa Intan berjumpa Doktor. Begitulah rutin harian Sham, tidak seperti suami-suami yang lain. Namun, sedikit pun Sham tidak pernah mengeluh. Kerana apa yang dilakukan olehnya itu bukanlah untuk orang lain tapi adalah untuk isterinya juga.
Kesihatan Intan kembali pulih hari demi hari. Tangan Intan sudah mula mampu bergerak. Sham lah manusia yang paling gembira apabila melihat tangan isterinya sudah mula boleh digerakkan. Begitulah seterusnya hari demi hari..
11 bulan kemudian..
Memandangkan kesihatan Intan kian pulih setelah tangan dan kakinya boleh digerakkan, doktor menasihatkan mereka agar Intan segera di tahan di wad untuk pemeriksaan yang lebih rapi. Sham bersetuju dengan nasihat doktor tersebut, begitu juga Intan. Di Hospital tersebut, Intan menjalani latihan berjalan serta pergerakkan dibantu oleh pakar-pakar perubatan. 7 hari Intan di tahan di wad hinggalah satu saat itu Intan menghubungi Sham yang ketika itu sedang bekerja untuk memaklumkan satu berita gembira..
Intan : Assalamualaikum abang..
Sham : Waalaikumsalam.. Kenapa Intan?.
Intan: Tak ada apa, Intan ganggu abang ke ni?.
Sham : Eh, tak de lah. Intan tak pernah ganggu abang.
Intan : Abang, Intan ada 2 perkara nak bagitahu abang ni..
Sham : Apa dia Intan?. Cakaplah cepat, dah tak sabar nak dengar ni..
Intan : Yang pertama, Intan dah boleh berjalan abang..
Sham : Apa Intan?. Betul ke?. Alhamdulillah.. Abang bersukur kepada Allah.. Tak sangka doa abang selama ni termakbul juga..Yang keduannya pula?
Intan : Abang akan jadi ayah..
Sham : Intan, betul ke apa Intan cakapkan ni?. Betul ke Intan??..
Intan : Buat apalah Intan nak tipu abang. Tadi Intan ada buat pemeriksaan dan Intan disahkan hamil 2 minggu.
Sham : Intan ada dekat mana ni?. Abang nak pergi jumpa Intan ni.. Alahai, gembiranya hati abang,… Intan..
Intan : Intan dekat bilik doktor ni. Eh, bukan ke abang tengah kerja, mana boleh ponteng!. Nanti kena gantung kerja.. (Ketawa kecil)
Sham : Kerja boleh dicari, isteri abang yang sorang ni sukar dicari ganti.. (Turut ketawa)
Intan : Abang.. Abang..
Sham : Tunggu tau, abang datang sekarang jugak.
Intan : Baik abang, hati-hati memandu. Hujan lebat tu dekat luar.
Sham : InsyaAllah..
Sham pun segera memaklumkan perkara itu kepada orang atasannya. Orang atasannya pun mengizinkan Sham untuk pergi ke Hospital. Sham segera mendapatkan keretanya dan segera memandu menuju ke Hospital. Ketika memandu, Sham tersenyum sendirian. Bersyukurnya dia kepada Allah kerana isterinya sudah sembuh. Selepas ini dapatlah mereka hidup bersama. Sham terasa cukup gembira apabila mengetahui isterinya hamil dan tidak lama lagi dia akan bergelar seorang ayah. Suami mana yang tak gembira apabila mengetahui isterinya hamil.
Sedang Sham leka berangan-angan tanpa disedari simpang dihadapannya. Pemikiran Sham yang sudah jauh dilamun kegembiraan akhirnya dimatikan oleh dentuman yang kuat menyebabkan kenderaan yang dinaiki Sham melambung tinggi kira-kira 15 meter. Akibat perlanggaran antara lori tersebut, Sham mengalami kecederaan parah. Orang ramai yang berada di sekitar situ bertungkus-lumus untuk membawa Sham keluar dari kenderaannya. Kira-kira 30 minit kemudian baru Sham berjaya dibawa keluar oleh bantuan bomba dan penyelamat yang dikerah ke tempat kejadiaan tersebut. Intan yang sedang menunggu di Hospital mula terasa sesuatu yang tidak kena. Selalunya suami dia akan segera sampai ke Hospital memandangkan jarak tempat kerja Sham dengan Hospital hanyalah kira-Kira 2 kilometer saja. Hujan yang lebat menimbulkan lagi kerisauan di hati Intan. Mungkinkah ada sesuatu terjadi?. (Fikir Intan)
Sham yang berada dalam keadaan yang tenat segera dibawa ke Hospital. Setibanya di Hospital, Sham dibawa turun dari ambulan dan dibawa menuju ke bilik kecemasan. Kebetulan masa itu, Intan berada di situ kerana menunggu kehadiran Sham. Intan terlihat seorang lelaki yang diusung menggunakan katil kecemasan, dilengkapi dengan bantuan pernafasan. Hati Intan kian bertambah resah dan hatinya tergerak untuk melihatnya dengan lebih dekat. Intan menahan pembantu kecemasan tersebut yang sedang membawa Sham ke dalam wad kecemasan. Intan terkejut apabila mendapati ianya adalah suaminya..
Intan : Abang!!!!.. Bangun abang!!.
Petugas : Sabar cik.. Siapa cik ni?. Cik kenal ke?. Maaf cik, pesakit ini harus segera di bawa ke wad kecemasan..! (Tegas petugas tersebut)
Intan : Abang!!.. Intan ni abang.. Bangun abang!!..
Petugas : Maaf cik.. Sila bagi laluan..
Intan : Dia suami saya!!!.
Petugas tersebut terdiam seketika mendengar pengakuan tersebut. Sham yang berada dalam keadaan tenat sempat melihat wajah Intan dan berkata sesuatu kepada Intan..
Sham : In…t..an..
Intan : Ye abang.. Intan ada di sini…
Sham : Abang gembira melihat Intan dah sembuh semula. (Nada yang terketar-ketar)
Intan : Abang.. Apa yang dah jadi abang… (Nada menangis)
Sham : Intan, jaga anak kita baik-baik ye. Besarkanlah dia dengan penuh kasih dan sayang. Berikanlah dia didikan yang sempurna agar dia tidak menjadi seperti abang. Hidup susah hingga ke akhir hayat..
Intan : Abang!!.. Apa abang cakap ni!!.. Janganlah cakap macam ni abang!!..
Sham : Maafkan abang, Intan. Janjilah dengan abang ye sayang.. Abang bersyukur kerana memiliki isteri seperti Intan.. Abang cintakan Intan..
Intan : Abang… Janganlah cakap macam tu.. Abang nak Intan sembuh, Intan dah sembuh abang!. Abang nak anak, Allah dah kurniakan kita anak, abang!. Janganlah tinggalkan Intan.. Jangan tinggalkan Intan, abang!!..
Renungan mata Sham kembali lemah. Sham yang berusia 26 tahun pada ketika itu telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10:45 pagi (25/06/2008). Meninggalkan seorang isteri dan juga seorang anak yang bakal dilahirkan. Kenyataan itu amat sukar diterima oleh seorang isteri bernama Intan Syazana Bt. Mohd Latif yang telah kehilangan seorang suami yang telah sekian lama berkorban deminya. Jenazah Mohd Khairul Nizam atau lebih dikenali sebagai Sham selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Jasin, Melaka.
Sebelum Sham meninggal dunia, dia ada memasukkan duit ke dalam akaun bank Intan. Beberapa hari selepas Sham meninggal dunia, Intan dikunjungi seorang peguam dan memaklumkan bahawa Arwah Sham ada meninggalkan harta dan sekeping nota untuk Intan. Harta yang dimaksudkan adalah sebuah rumah yang dibeli oleh Sham tanpa pengetahuan Intan. Yang tertulis di dalam nota tersebut tidaklah pula diberitahu..
Cerita ini diceritakan sendiri oleh Intan Syazana Bt. Mohd Latif kepada kamezaim. Sebenarnya, Sham tersebut adalah kawan kamezaim. Dah lama kamezaim kenal dengan dia, dari sebelum dia berkahwin lagi. Kini anak yang dikandung oleh Intan, selamat dilahirkan. Anak perempuan, cantik rupa parasnya. Seperti ibunya juga. Tapi apakan daya, lahir tanpa berayah. Semoga Intan Syazana tabah menghadapi dugaan ini dan cekal membesarkan anaknya.
Kepada Mohd Khairul Nizam yang telah kembali ke rahmatullah, semoga tenang dan damai di sana. InsyaAllah, setiap perbuatan yang baik itu pasti mendapat pembalasan yang baik. Cerita ini adalah 99% berdasarkan cerita yang diceritakan sendiri oleh Intan. 1% lagi adalah rekaan kamezaim untuk menjadikan cerita ini mampu dihayati oleh pembacanya. Kamezaim mengabadikan kisah ini disini setelah mendapat persetujuan dari Intan sendiri. Dia ingin semua orang tahu bahawa dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan dahulu. Sungguhpun penyesalan itu sudah tiada guna baginya lagi, namun dia tak mahu orang lain melakukan kesilapan seperti yang pernah dia lakukan.
Pesanan dari Intan,
Hargailah apa yang sudah kita miliki. Jangan mula mencari bila ianya sudah tiada lagi. Menyesal dikemudian hari, sudah tiada ertinya lagi. Hargailah teman yang sudi berada di sisi, kerana ianya adalah satu mutiara yang sukar dicari ganti..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> TAMAT <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
uhuk.. sambung nangis lagi ni.. kebahagian yg dikecapi oleh intan hanya seketika namun tersangat bermakna.. kamezaim.. awak kawen la ngn Intan Syazana Bt. Mohd Latif tu.. hehe.. zaril naim & Intan Syazana Bt. Mohd Latif, sedap kombinasi nama tu.. ahakz, sian anak si intan tak berayah. Awak kan baik juga.. hehe, pandai awak tulis citer psl diaorg. Leh wat novel nih, kalau awak wat novel.. sy org pertama yg beli novel tu tau.. ahakz
Aduh, bahaya tu sue.. hahaha Fuh, org pertama yg nak beli novel tu yg tak tahan tu.. ekekeke Saya mmg baik.. ngeee
kamezaim try la buat novel on9 lak
Alamak Nazra.. hehe nak tolong kamezaim buat novel ke? hehe Novel on9 mcm mana tu?
terharunye cite die.ye la penyesalan memang dh xbergune lagi..terime kasih kisah ni mengukuhkn hati saya pada seseorng.dari awal saya bace memang perasan ni bukan cite rekaan
terharu sgt bace cite ni.dari awal saya bace dpt tangkap yg ni bukan cite rekaan.thnks ianya membuatkan hati saya kukuh pada seseorg.
Alhamdulillah.. Hargailah dgn apa yg sudah dimiliki kerana untuk mencari yg lain tak semudah yg sudah dimiliki..
oke,bru ade mse nk bca..jp nk g bce dlu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wa!! sdih gle T__T
len kali kalo jd kt zayani tak mau la gtau kt suami..huhu
ptotnye kne la hepi ending..
bila tahu cite ni kisah yg betul2 terjadi..lagi lajulah airmata ini…
Bila maut memisahkan barulah kita tahu betapa kehilangannya insan yg pernah berkongsi segalanya dgn kita..
muga Intan tabah dan dapat teruskan kehidupan bersama anak yg masih tk mengerti apa2 lagi….muga suatu hari nnti ada seorg insan yg mulia dapat menjaga intan dan anaknya..
Kamezaim faham Idalara.. hehe Kamezaim pun harap2 begitulah..
alamak. rasa nk menangis jugak la.. huhuu
hahahahahaha