Cinta & Pengorbanan.. (Bah. II)

Cinta & Pengorbanan (Bah. II)

Sham mengambil sehelai kain putih yang basah lalu mencuci tubuh Intan yang kaku tidak bermaya. Suasana yang sunyi seolah-olah memahami perasaan Sham ketika itu. Seorang isteri yang menemaninya selama ini, kini hanya diam membisu tanpa kata. Perasaan sayang dan cintanya Sham pada isterinya lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri. Sham bersyukur kerana masih diizinkan untuk merasa bagaimana nikmatnya hidup berkeluarga. Memandangkan kekurangan dirinya membuat dia langsung tidak terfikir bahawa dia akan memiliki seorang wanita bernama isteri.

Kini dia sudah memilikinya dan tak mungkin dia akan mempersiakannya. Walaupun Sham sering makan hati dengan kata-kata isterinya namun itu semua tidak sedikit pun merubah kasih sayangnya. Apa yang dia tahu hanyalah Intan adalah isterinya yang sah. Dia redha dengan apa yang terjadi, dia percaya mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Dia bernekad dalam hatinya, walau apapun yang terjadi biarlah isterinya terus berada di sisinya.

Setelah selesai, Sham pun duduk di tepi Intan. Merenung seraut wajah yang tidak bermaya dan dipenuhi kesan-kesan luka. Boleh dikatakan wajah isterinya berubah 30 % dari kecantikan asal. Sham berkata di telinga Intan, “Tabahkan hati, kuatkanlah semangat. Abang sentiasa ada di sisi Intan. Abang cintakan Intan..”. Tanpa disedari, airmata keluar dari mata Intan. Sham tahu, walaupun isterinya tidak sedar tapi otaknya masih berfungsi. Hari demi hari kian bersilih ganti, setiap waktu terluang Sham pasti menghabiskan masa di sisi isterinya.Habis kerja ataupun waktu rehat, katil Intanlah tempat dia menghabiskan waktu rehatnya..

3 hari kemudian..

Seperti biasa, habis saja waktu kerja Sham terus menuju ke Hospital. Setibanya di Hospital, ahli keluarga Intan sudah sedia menunggu. Tanpa membuang masa, Sham terus menuju ke katil Intan lalu mencium dahi Intan. Seperti biasa, Sham mengambil kain basah untuk mencuci anggota badan Intan. Sedang dia mencuci pergelangan tangan Intan, tiba-tiba ada sedikit tindak-balas dari Intan. Sham yang terkejut berhenti dari mencuci tangan Intan dan melihat sekali lagi kalau-kalau betul apa yang dirasanya. Namun tiada, mungkin itu hanyalah khayalan saja..”Fikir sham..”. Tiba-tiba Sham terdengar satu suara yang sangat halus menyebut perkataan “Abang…”. Sham terus memandang ke arah wajah Intan untuk mendapatkan kepastian. Sham terkedu apabila Intan sudah mula menggerak-gerakkan kepalanya, Sham segera memanggil ahli keluarga Intan dan juga doktor dan memaklumkan apa yang dilihatnya tadi. Sham kembali mendapatkan Intan dan terus mencium pipi Intan dan mengucap kesyukuran kerana Intan sudah kian sedar. Airmata yang keluar membasahi pipi Sham dibiarkan saja memandangkan tiada apa lagi yang lebih mengembirakan hatinya melainkan melihat Intan sedar..

Sham : Intan.. Abang ni Intan.. Abang ni…

Intan : A…ban..g..

Sham : Ye Intan, abang ada di sini Intan..

Mata Intan yang lemah merenung tajam ke arah Sham. Lalu mata mereka bertentangan antara satu sama lain. Keadaan kian bertambah sayu apabila airmata menjadi saksi pertemuan mata 2 insan tersebut. Intan tersenyum dan berkali-kali menyebut perkataan “Abang..”, menambahkan lagi sayu di hati Sham. Ahli keluarga Intan dan juga doktor yang berada di tepi katil Intan turut menangis menandakan kesyukuran ke hadrat ilahi. Tiba-tiba..

Intan : Abang, kenapa Intan tak boleh nak pegang abang ni?. Kenapa Intan tak boleh nak angkat tangan ni, abang?..

Sham : Intan.. Intan sayang abang tak?.

Intan : Abang, cakaplah kenapa abang. Kenapa Intan tak boleh nak gerakkan badan ni, abang!..

Sham : Intan… Intan sayang abang kan?..

Intan : Ye abang, Intan sayangkan abang.. Cakap abang, cakap!!..

Sham merenung ke arah isterinya yang menginginkan kepastian. Fikiran Sham buntu dan bercelaru, tidak tahu apa yang harus dikatakan. Sedangkan dia sendiri begitu sukar untuk menerima kenyataan ini, inikan pula pemilik tubuh tersebut. Sham memandang ke arah mak dan ayah mertuanya dengan harapan diberi petunjuk dan kekuatan. Mak dan ayah mertuanya hanya terdiam dan hanya mampu mengangguk sebagai tanda sokongan kepada Sham. Dengan wajah yang sedih, Sham merenung kembali ke arah Intan yang sudah sedia menanti jawapannya..

Sham : Intan.. Kalau Intan sayangkan abang, Intan kena janji dengan abang. Intan akan kuatkan semangat, Intan akan tabah menghadapi segalanya seperti Intan tabah menempuh kehidupan sebelum ni.. Janji dengan abang, Intan..

Tanpa bersuara, Intan hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Berserta airmata yang mengalir dari mata Intan, menambahkan lagi kesunyian di ruang wad tersebut..

Sham : Intan… In..tan… Intan lumpuh..

Sham terus mengalihkan pandangan ke arah lain kerana tak sanggup untuk melihat wajah Intan ketika itu… Dia tahu, apa perasaan Intan andai dia bagitahu perkara yang sebenar.. Intan yang mendengar kenyataan tersebut terus terdiam dan terus memandang dan merenung jauh ke dalam mata Sham.

Intan : Ab..ang..

Sham : Ye Intan.. Cakaplah.. Abang sedia mendengar..

Intan : Intan sayang abang.. Maafkan Intan, abang.. Intan dan banyak berdosa pada abang, mungkin ini balasan yang harus Intan terima. Maafkan Intan abang..

Sham : Intan, janganlah cakap macam tu. Ini semua adalah ketentuan, bukan satu balasan. Intan tidak berdosa dengan abang. Kalau ada sekalipun, abang sentiasa memaafkan Intan. Sedikit pun abang tak simpan dalam hati..

Intan : Abang… Terima kasih.. Terima kasih sebab abang bawa Intan ke Hospital. Intan menyesal abang, Intan menyesal sebab tak tahu nak hargai abang. Intan hanya pentingkan diri sendiri, Intan abaikan tanggung-jawab Intan pada abang. Ampunkan Intan abang.. Intan menyesal..

Sham : Intan, sudahlah. Yang terjadi, sudah terjadi. Usah dikesali dengan apa yan sudah terjadi, yang penting sekarang Intan kena kuatkan semangat untuk menempuh segala dugaan ini. Percayalah, abang akan tetap sentiasa ada di sisi Intan..

Intan : Kenapa abang?. Intan ni dah banyak melukakan hati abang, Intan tak tahu nak hargai diri abang. Kenapa abang masih nak temankan Intan. Sepatutnya abang boleh tinggalkan Intan, sepatutnya abang boleh biarkan Intan. Inilah balasan yang harus Intan terima.. Pergilah abang, pergilah tinggalkan Intan. Intan malu dengan abang, Intan malu!!. Intan hina abang, Intan main-mainkan perasaan abang dan kini orang yang Intan hina masih tetap ada di sisi Intan.. Kenapa abang!!..

Sham : Kerana Intan adalah isteri abang…

Intan yang terdengar kata-kata tersebut terus terdiam dan terus menangis dan menangis kerana terasa cukup terharu. Tidak disangka, seorang insan yang langsung dia tidak hargai selama ini rupa-rupanya satu permata yang cukup bernilai dalam hidupnya. Baru kini dia tahu, yang mana lebih berharga dan bernilai antara kerjaya atau suami. Sham yang sudah tidak tertahan lagi menahan kesedihan tersebut, segera beredar ke luar wad dan memberi ruang untuk ahli keluarganya becakap dengan Intan. Sham termenung sendirian, fikirannya bercelaru. Masih adakah sinar dalam hidup Intan..

Setiap hari Sham datang melawat Intan di Hospital. Sungguhpun ahli keluarga Intan ada di Hospital untuk menjaga Intan tapi dengan rasa tanggungjawabnya Sham tetap datang. Sham bawa sup sayur untuk Intan kerana itulah makanan kegemaran Intan. Memandangkan pergerakkan Intan terbatas, segalanya dilakukan oleh Sham seperti mandikan Intan, suap makanan dan sebagainya. Sikit pun Sham tak pernah menganggap ianya adalah satu bebanan baginya kerana kalau bukan dia, siapa lagi.

Satu hari, Sham dan ahli keluarga Intan berbincang. Siapakah yang akan menjaga Intan apabila Intan keluar dari Hospital nanti.

Mak : Sham, mari sini mak nak cakap sikit.

Sham : Apa dia mak?. Cakaplah..

Mak : Nanti bila Intan keluar dari Hospital, biarlah mak bawa dia balik ke kampung ye Sham..

Ayah : Betul tu Sham. Biar kami bawa balik Intan ke kampung.

Sham : Kenapa mak?. Biarlah Intan di sini, Sham boleh jaga dia mak.

Mak : Mak bukan apa Sham, kamu tu bekerja. Mak ni suri-rumah sepenuh masa. Mak boleh tengok-tengokkan si Intan tu..

Sham : Mak, biarlah Intan disini mak. Saya suami dia, dia adalah tanggung-jawab saya. Memang saya bekerja tapi saya boleh bahagikan masa mak.

Ayah : Kami bukan apa Sham, kami kasihan kamu tu. Letih bekerja lepas tu nak kena jaga Intan lagi.

Sham : Ayah, sedikit pun Sham tak penah menganggap Intan adalah satu bebanan. Kalau dulu Sham berkahwin dan bersama dengan Intan dalam keadaan sempurna, kenapa tidak sekarang. Dia isteri Sham, apa pun yang terjadi dia tetap isteri saya. Saya tak sanggup berjauhan dengan dia, mak ayah. Biarlah saya yang jaga dia, susah macam mana pun biarlah saya yang jaga dia. Tolonglah mak, ayah..

Mak : Baiklah Sham kalau dah itu yang Sham hajatkan. Mak tak boleh nak kata apa. Mak cuma kasihankan kamu tu je. Mak bangga sebab ada menantu macam kamu, Sham. Tak menyesal mak kahwinkan Intan dengan Sham.

Sham : Terima kasih mak, ayah.

Tanpa mereka sedari, setiap perbualan mereka di dengar oleh Intan yang berpura-pura tidur. Intan terasa dirinya bagai membawa satu bebanan kepada Sham dan juga ahli keluarganya. Dia turut terharu mendengar sendiri pengakuan ikhlas dari seorang suami yang pernah dia abaikan dulu. Seorang suami yang telah banyak bersabar melayan setiap kerenahnya. Intan menangis seorang diri sehingga disedari oleh Sham..

Sham : Intan, kenapa Intan menangis?. Ada sakit dekat mana-mana ke?.

Intan : Aba..ng.. Terima kasih abang.. Terima kasih atas segala-galanya..

Sham : Kenapa ni Intan?.

Intan : Abang, biarlah Intan balik ke kampung. Sekurang-kurangnya Intan tak bebankan abang disini. Intan tak nak bebankan abang, Intan malu abang. Intan malu dengan abang..

Sham : Kenapa Intan cakap macam tu, Intan tak pernah bebankan abang. Sedikit pun abang tak pernah anggap kehadiran Intan dalam hidup abang adalah satu bebanan. Biarlah apapun yang terjadi Intan, abang tetap akan ada disisi Intan. Abang tak nak berjauhan dari Intan. Abang nak hari-hari dapat lihat wajah Intan. Dapat sentuh tangan Intan, dapat cium pipi Intan..

Intan : Abang.. Kenapa abang masih nak jaga Intan sedangkan Intan tak pernah nak hargai abang. Intan abaikan abang, Intan pandang rendah pada abang. Intan lebih pentingkan kerjaya dari abang. Intan malu dengan abang, malu..!!..

Sham : Intan, lupakanlah perkara lalu. Yang terjadi tetap terjadi, tiada manusia dapat lari dari kesilapan. Intan adalah isteri abang dan abang adalah suami Intan, baik-buruknya Intan, Intan tetap isteri abang.. Sekiranya Intan inginkan peluang untuk berubah, abang sedia memberi peluang untuk Intan berubah..

Intan : A..bang.. Terima kasih abang.. Intan bersyukur sebab dapat suami macam abang. Baru kini Intan tahu, yang mana lebih berharga. Ampunkan Intan abang, Intan janji Intan akan berubah. Intan perlukan abang, Intan tak nak lagi melukakan hati abang. Intan tak nak kehilangan abang kerana Intan tak mungkin kan temui lagi seperti abang.. Maafkan lah Intan abang.. Janganlah tinggalkan Intan…

Sham : Intan, abang tak kan tinggalkan Intan. Tak ada sebab untuk abang tinggalkan Intan.. tentu Intan masih ingatkan masa malam perkahwinan kita dulu, Intan ada bertanyakan soalan kepada abang. Inilah jawapan kepada soalan tersebut..

Intan menangis sebaik-saja teringat kembali soalan yang pernah dia tanyakan kepada Sham pada malam perkahwinan mereka dulu. Ternyata soalan yang tiada berjawapan itu adalah soalan kepada jawapan ini..

Sham : Masa abang kahwin dengan Intan dulu memang Intan seorang yang cantik. Intan tanya abang adakah abang berkahwin dengan Intan kerana Intan cantik dan abang hanya mendiamkan diri tanpa memberi jawapannya. Sekiranya abang menjawab ya pada soalan itu, ternyatalah abang boleh meninggalkan Intan sekarang. Kerana wajah Intan sekarang sudah tidak secantik dulu. Tapi abang tidak menjawab kerana abang berkahwin dengan Intan bukan kerana rupa Intan yang cantik. Abang berkahwin dengan Intan kerana Intan adalah jodoh abang. Jadi sekarang, abang tiada sebab untuk tinggalkan Intan..

Intan yang mendengar pengakuan itu terus terdiam dan merenung jauh ke dalam mata Sham.. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Intan tidak mampu lagi menahan airmatanya, lalu Intan menangis sepuas-puasnya..

Intan : Abang… Tiada apa lagi yang dapat Intan katakan melainkan hanya terima kasih. Terima kasih Abang.. Intan beruntung kerana memiliki suami seperti abang..

Sham : Tak mengapa Intan, sudahlah.. Kita lupakan perkara yang lepas ye. Kita bina hidup baru bersama ye..

Ahli keluarga Intan beredar dari bilik tersebut untuk memberi ruang kepada mereka berdua. Suasana hening menambahkan lagi kesayuan diantara sepasang suami-isteri yang seolah-olah sudah bertahun lamanya tidak berjumpa. Hanya kedengaran tangisan airmata menjadi irama di suatu sudut bilik tersebut..

Bersambung..

11 Pendapat untuk “Cinta & Pengorbanan.. (Bah. II)”

  • zayaniNo Gravatar berkata:

    tssssk T__T
    knapa tak bhis kn je??
    huhu..sdih nye..

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    sambungan nangis lagi nih.. yg part 1 tu tak kuar air mata.. part 11 ni, tak bisa menahan air mata.. sadisnya.. uhuk.. sayang suamiku.. hik3, cmnelah kalu aku jadi intan? suamiku akan seperti shamkah? boleh ke dia boleh buat pengorbanan sedemikian..

    • kamezaimNo Gravatar berkata:

      uih Sue, nangis pun blh sambung2 ke? haha guna remote control ke? hehe klu part III nanti terus terguling2 ke sue.. hahaha klu nak suami jd mcm Sham, si isteri pun jgnlah jd mcm Intan.. kuikuikui

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    banyak salah ejaan la awak.. double ceck la spelling dia.. huhu

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    hehe, boleh pe sambung nangis, citer awak leh smbung2, sy pun kena la nangis sambung2 kui3. suami sy pun setakat nih Alhamdulillah la.. baik la juga, mungkin tak sehebat syam tapi setiap manusia tu kan ada kekurangan dan kelebihan dia. Dalam perhubungan mesti ada sifat saling memahami.. walau bagaimanapun sikap pasangan kita tu.. dia adalah JODOH kita.. semua orang tak sempurna tapi kenalah saling membetulkannya apabila menyedari diri itu tidak begitu sempurna.. InsyaAllah sy bukanlah macam si Intan tu.. :P
    saya suka la ayat ni. –>Sham : Kerana Intan adalah isteri abang… ayat yg sungguh bermakna.. walau apapun jua sikap buruk dia.. dia tetap pasanagn kita.. di sebalik citer nih ada hikmah di sebaliknya..
    kesalahan perkataan pertama –>Fikiran Sham buntuk Cakpa abang, cakap!!..<– cakpa? main cak2 ka? huhu :P

    • kamezaimNo Gravatar berkata:

      Alahai.mcm tu pun boleh juga ke sue.. hehe Betul apa yg Sue katakan tu, saya setuju.. hehe Terima kasih atas pembetula tu, kamezaim amat2 lah menghargainya.. ni yg bertambah syg dkt sue ni.. kuikui

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    alamak.. kang laki aku buh penampar lak.. kui3

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 19Pelawat Hari Ini:
  • 52Pelawat Semalam:
  • 338Pelawat Minggu Lepas:
  • 37641Jumlah Pelawat:
  • 0Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net