Cinta & Pengorbanan.. (Bah. I)

Hidup ini saling memerlukan. Antara lelaki dan wanita, sangat memerlukan diantara satu sama lain. Hidup ini memerlukan cinta, dari cinta hadir kasih dan sayang. Cinta memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan keikhlasan, keikhlasan memerlukan kejujuran, kejujuran memerlukan kesetiaan, kesetiaan memerlukan keyakinan, keyakinan memerlukan keimanan, tanpa keimanan hilanglah segalanya..
Mungkin ayat itu sesuai untuk Sham (Bukan Nama Sebenar) iaitu suami kepada Intan (Bukan Nama Sebenar). Sham bekerja sebagai kerani dan gaji bulanannya hanyalah sekitar RM 1,000.00. Berlatar-belakangkan keluarga yang susah dan pelajaran yang tidak ke mana. Sham berkahwin dengan Intan atas pilihan keluarga. Sham tak punya pilihan kerana dia sedar akan kekurangan dirinya. Ketika mereka berkahwin, Intan masih menuntut di sebuah Universiti di dalam bidang perniagaan. Intan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi pujaan bagi setiap lelaki di kolejnya.
Mereka pun diijabkabulkan dan sah menjadi suami-isteri. Sham bersyukur kerana mendapat seorang isteri yang cantik dan berpendidikan. Malam pertama perkahwinan mereka, Intan bertanya beberapa soalan kepada Sham.
Intan : Abang, kenapa Abang berkahwin dengan Intan sedangkan Abang tak kenal Intan?.
Sham : Abang berkahwin dengan Intan kerana Intan adalah jodoh Abang.
Intan : Abang yakin ke kita akan bahagia?.
Sham : Kebahagiaan mahupun penderitaan segalanya datang dari Allah. Andai bahagia yang dikurniakan, abang bersyukur. Andai penderitaan yang diberikan, abang redha..
Intan : Intan tahu abang terima Intan sebab Intan ni cantikkan??. Cuba kalau Intan tak cantik, mesti abang tak nak.. Betul tak?.
Sham : Abang terima Intan kerana abang percaya Allah jodohkan abang dengan Intan. Abang terima Intan bukan kerana rupa, bukan kerana harta dan bukan kerana terpaksa.
Suasana sunyi seketika..
Intan : Abang, Intan tak pasti sama-ada Intan dapat membahagiakan abang atau tidak. Intan tak kenal abang dan abang tak kenal Intan. Kita kahwin bukan atas dasar cinta, kita kahwin atas pilihan keluarga.
Sham : Intan, abang juga tidak pasti sama-ada mampu membahagiakan Intan atau tidak tapi abang tetap akan mencuba untuk membahagiakan Intan.
Intan : Kenapa?.
Sham : Kerana Intan adalah isteri abang..
Keadaan bertambah sunyi apabila jam sudah menandakan pukul 3 pagi. Sham menoleh ke arah isterinya, isterinya sudah tertidur. Akhirnya Sham juga tertidur..
Seminggu selepas perkahwinan mereka, Sham mengajak Intan untuk kembali ke Kuala Lumpur memandangkan cutinya sudah kian berakhir. Intan yang tak punya pilihan, terpaksa mengikut Sham memandangkan Sham adalah suaminya. Setibanya mereka di Kuala Lumpur, Sham menunjukkan rumah sewanya kepada Intan. Lalu Sham berkata pada Intan.. :
Sham : Intan, inilah rumah abang dan kini menjadi rumah kita.
Intan : Rumah sewa atau rumah beli?.
Sham : Rumah sewa je, belum cukup duit lagi nak beli rumah. Kenapa?. Intan tak suka?.
Intan : Eh, tak de lah, Intan cuma tanya je.
Sham : Jom kita masuk..
Intan : Ok..
Sham pun membawa Intan masuk ke rumah. Keadaan rumah yang agak tidak terurus memandangkan sudah banyak hari ditinggalkan. Sham memandang ke arah isterinya yang sedang membawa keluar pakaian dari begnya. Perasaan gembira dan bersyukur menyelubungi sleuruh fikiran Sham. Hati siapa yang tidak gembira menerima penyeri di dalam hidupnya. Walaupun mereka berkahwin atas pilihan keluarga, namun Intan tetap isterinya yang sah. Dan dia kini adalah suami kepada seorang yang bernama wanita.
Setahun kemudian..
Intan sudah menamatkan pengajiannya di Universiti tersebut dan mendapat ijazah dengan kepujian. Sham berasa sangat gembira melihat isterinya berjaya. Walaupun terpaksa berjauhan memandangkan Intan belajar di sebuah Universiti yang terletak di selatan tanah air namun ianya berbaloi dengan kejayaan yang isterinya perolehi. Dan kini mereka dapat hidup dibawah satu bumbung sebagai sebuah keluarga. Tapi Sham sedikit terkilan apabila Intan menyatakan hasrat yang dia masih belum bersedia untuk bergelar seorang ibu. Dia ingin mencapai cita-citanya dulu iaitu menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia bimbang apabila sudah bergelar ibu, dia tidak dapat menumpukan kepada perniagaannya. Sham yang sedikit kecewa, akur dengan hasrat hati isterinya itu. Dia berfikiran, mungkin betul apa yang dikatakan oleh isterinya walaupun dia terlalu berkeinginan untuk memiliki cahaya mata.
Tidak berapa lama selepas itu, Intan berjaya menjadi seorang ahli perniagaan. Berkat dorongan dari Sham yang telah banyak membantu Intan di dalam perniagaannya. Sham mengeluarkan hampir keseluruhan duit simpanannya untuk Intan memulakan perniagaan. Sedikit pun Sham tak berasa susah hati memandangkan orang yang dia bantu adalah isterinya sendiri. Dengan harapan, Intan berjaya mencapai matlamatnya. Alhamdulillah, doa mereka dimakbulkan. Syarikat milik Intan kian bertambah maju dari masa ke masa. Segala duit modal yang Sham berikan kepada Intan, sudah Intan jelaskan kembali. Walaupun pada mulanya Sham bertegas untuk tidak menerimanya namun terpaksa akur atas desakan isterinya. Sham terasa cukup bahagia melihat senyuman yang sentiasa terpancar dibibir isterinya. Sham tahu, isterinya sudah berjaya. Berjaya menjadi ahli perniagaan seperti yang diimpikannya.
Kebahagiaan tidak selamanya milik Sham, apabila isterinya kian berubah. Terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya hingga terlupa pada tanggung-jawabnya sebagai seorang isteri. Keluar seawal pagi dan balik selewat malam. Boleh dikatakan urusan di rumah di uruskan 90 % oleh Sham sendiri. Namun, sedikit pun Sham tidak mengeluh kerana Sham tahu isterinya sibuk dengan urusan syarikatnya. Syarikat itu adalah miliknya dan memerlukannya. Sham bersabar dan menganggap ianya adalah satu ujian dari yang maha Esa.
Suatu hari, Sham pergi ke syarikat milik Intan. Memandangkan hari tersebut adalah hari lahir isterinya. Sham bawa bersama hadiah untuk diberikan kepada isterinya sebagai lambang cinta dan sayangnya dia kepada Intan. Dalam perjalanan menuju ke syarikat milik Intan, Sham tersenyum sendirian. Terfikirkan apa agaknya perasaan Intan apabila menerima kejutan seperti ini. Setibanya Sham di syarikat Intan, Sham menuju ke pintu utama syarikat tersebut dan bertanyakan kepada salah seorang kerani di situ..:
Sham : Assalamualaikum..
Kerani : Waalaikumsalam..
Sham : Intan ada?.
Kerani : Cik Intan ada, encik ni siapa?.
Sham : Saya suami kepada cik Intan.
Kerani : Oh ye ke, sebentar ye encik.
Kerani tersebut pun menghubungi Intan dan memaklumkan tentang kehadiran Sham.
Kerani : Encik, minta maaf encik. Cik Intan sibuk, sebentar lagi dia ada meeting.
Sham : Cik, saya nak jumpa dia sekejap je cik. Saya suami dia..
Kerani : Maaf encik, saya tak boleh nak buat apa. Cik Intan kata dia sibuk. Maafkan saya.
Sham : Tak mengapalah kalau macam tu.. Terima kasih.
Sham yang dalam keadaan sedikit kecewa, memulakan langkah untuk berlalu dari situ. Tiba-tiba dia terlihat Intan keluar dari biliknya untuk menuju ke bilik mesyuarat dan Sham pun berlari mendapatkan Intan.
Sham : Intan, abang ni..
Intan yang dalam keadaan terkejut memandang ke arah Sham..
Intan : Eh, abang buat apa kat sini?.
Sham : Abang nak jumpa Intan, abang nak bagi hadiah ni kat Intan.
Intan : Hadiah apa plak ni abang?. Tak pe lah, abang bagi je dekat kerani depan tu. Suruh di letakkan dekat meja Intan. Maaf ye abang, Intan dah lewat ni. Ada meeting.
Sham : Intan, sekejap je Intan. Abang bukan nak kacau Intan tapi abang cuma nak ucapkan…
Tanpa sempat Sham berkata habis, Intan mematahkan percakapannya..
Intan : Abang, abang ni tak faham ke Intan cakap. Kan Intan kata Intan ada meeting ni. Meeting ni penting abang, meeting ni menentukan masa depan syarikat ni. Abang pergi baliklah, nanti kita jumpa je dekat rumah..
Intan berlalu meninggalkan Sham dalam keadaan yang terpinga-pinga. Sham seolah tidak percaya kata-kata sebegitu keluar dari mulut isterinya sendiri. Seorang isteri yang ditatangnya bagai minyak yang penuh. Terfikir di fikirannya, adakah ini balasan di atas pengorbanannya selama ini. Sham menyusun langkah dan beredar dari situ dalam keadaan yang tidak bermaya. Sham menuju ke arah sebuah kedai makan yang terletak berdekatan dengan syarikat milik Intan. Setelah minuman dipesan, fikiran Sham kian bercelaru dengan seribu persoalan. Dimanakah silapnya?. Salahkah apa yang dilakukan ini?. Salahkah dia sekiranya dia ingin berjumpa dengan Intan walaupun hanya beberapa minit untuk mengucapkan selamat hari lahir. Adakah kehadirannya menjatuhkan martabat Intan sebagai pengarah di syarikat tersebut?. Segala persoalan itu bermaian di fikirannya..
Setelah hampir 2 jam Sham termenung di kedai makan tersebut, tiba-tiba Sham terlihat Intan keluar dari pintu syarikat tersebut. Intan dan beberapa rakan meetingnya menuju ke sebuah restoran yang terletak di seberang jalan. Sham memanggil nama Intan dan Intan ternampak Sham yang sedang melambai-lambai tangan ke arahnya. namun Intan buat seperti tiada apa-apa dan berjalan seperti biasa bersama rakan-rakannya. Sham yang sedikit terkilan terus memandang ke arah isterinya dengan penuh pertanyaan. Tanpa diduga, sebuah kereta yang bergerak laju telah terbabas lalu melanggar Intan dan juga rakan-rakannya. Sham berlari menuju ke arah Intan dengan memanggil nama Intan sekuat-kuat hatinya. Setibanya Sham di sisi Intan, Sham kaku memandang muka isterinya yang dipenuhi dengan darah. Sham terduduk disebelah isterinya sambil memeluk isterinya. Sham memanggil nama Intan berkali-kali namun tiada jawapan dari Intan. Hanya raut wajah Intan yang menandakan kesakitan yang dirasainya. Sham memandang ke arah rakan-rakan Intan yang lain. Kebanyakannya hanya memandang saja tanpa berbuat apa-apa. Sham meminta bantuan dari orang ramai untuk membawa isterinya ke Hospital. Namun tiada siapa yang dapat tolong kerana keadaan jalan ketika itu sudah sesak akibat kemalangan tersebut. Dengan kekuatan yang ada, Sham mendukung Intan dan berlari ke Hospital Kuala Lumpur memandangkan jarak dari tempat kemalangan dengan Hospital hanyalah kira-kira 3 kilometer. Intan yang tidak mampu untuk berkata, hanya mampu melihat titisan demi titisan airmata seorang suami yang sedang bertungkus-lumus membawanya ke Hospital..
Setibanya Sham di pintu kecemasan Hospital Kuala lumpur, Sham menjerit memanggil sesiapa saja untuk keluar memberi rawatan kepada Intan. Hadir seorang doktor dan beberapa jururawat membantu Intan yang kian tenat. Para pekerja Hospital tersebut meletakkan Intan di atas sebuah katil dan membawanya menuju ke bilik rawatan kecemasan. Sham sempat melihat wajah isterinya yang sedang merenungnya, airmata yang keluar dari mata Intan menambahkan lagi rasa sayu di hati Sham. Sham terduduk dan tersandar di dinding bilik kecemasan tersebut. Sham segera menghubungi keluarga Intan dan memaklumkan kejadian tersebut. Tiada apa yang dapat Sham katakan ketika itu, melainkan hanya mampu berdoa agar isterinya selamat.. Akibat keletihan, Sham terlelap..
2 jam kemudian..
Ahli keluarga Intan yang berada di Sabak Bernam, Perak tiba di Hospital Kuala Lumpur. Ibu Intan terlihat Sham yang tertidur dan segera mendapatkannya. Sham yang terkejut segera bangun dan terus menjengah ke arah cermin bilik kecemasan tersebut namun tiada apa yang kelihatan. Ibu dan ayah Intan bertanyakan pelbagai soalan kepada Sham mengenai Intan. Sham yang masih berada di dalam kesedihan dan keletihan tersebut hanya mendiamkan diri. Hanya renungan dan airmata yang dapat Sham jawab kepada setiap solan yang ditanyakan. Ibu dan ayah Intan akur dan memahami, mereka berpelukan dan berdoa mudah-mudahan Intan selamat.
1/2 jam kemudian..
Tiba-tiba pintu bilik kecemasan tersebut dibuka dan hadir seorang doktor. Doktor tersebut memanggil waris kepada pesakit yang kemalangan tadi. Kemudian Sham dan juga ahli keluarganya segera mendapatkan doktor tersebut dan memperkenalkan diri masing-masing. Doktor tersebut bertanyakan adakah pesakit tersebut sudah berkahwin. Lalu Sham berkata yang dia adalah isterinya. Lalu doktor mengajak Sham ke bilik doktor tersebut dan tanpa sebarang persoalan, Sham mengikut doktor tersebut. Meninggalkan ahli keluarga Intan di luar yang berada di dalam keadaan yang terpinga-pinga.. Setibanya di dalam bilik doktor..
Doktor : Saya Dr. Linda. Saya yang merawat isteri encik tadi.
Sham : Doktor, bagaimana keadaan isteri saya?. Katakanlah pada saya yang dia selamat, doktor..!.
Doktor : Sabar encik, isteri encik berada dalam keadaan stabil.
Sham : Alhamdulillah….
Doktor : Tapi…
Sham : Tapi apa doktor?.
Keadaan sunyi seketika..
Sham : Doktor!!. Katakanlah pada saya tapi apa doktor!!.
Doktor : Saya nak encik bersabar dan menerimanya sebagai satu dugaan. Isteri encik berada dalam keadaan stabil tapi setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, saya dapati isteri encik lumpuh seluruh anggota. Tulang belakang isteri encik mengalami masalah serta gangguan akibat rempuhan tersebut.
Sham yang mendengar penerangan dari doktor tersebut hanya tertunduk sambil membiarkan airmata membasahi pipinya. Tiada kata yang dapat diluahkan olehnya, terasa seolah-olah dunia ini menjadi gelap-gelita tanpa cahaya.
Doktor : Encik, bawa bertenang encik. Anggaplah ini semua satu dugaan dari Allah. Allah sentiasa menguji kita, bersabarlah. Isteri encik bukan lumpuh yang dikategorikan sebagai lumpuh kekal, lumpuh yang dialami oleh isteri encik boleh diubati.
Sham : Doktor, kalau dah lumpuh tetap lumpuh doktor!. kalau benar ianya bukan lumpuh yang kekal, habis tu bila isteri saya akan sembuh?.. Esok? Lusa? Minggu depan?..!!
Doktor : Sabar encik, kita harus berusaha dan berdoa. Allah yang tentukannya. Saya cuma seorang doktor, saya hanya mampu berikhtiar tapi saya tak mampu untuk menentukannya. Selebihnya kita terpaksa berserah kepada Allah mudah-mudahan isteri encik sembuh dengan cepat. Saya faham perasaan encik, sebagai seorang suami encik harus memberinya dorongan dan sokongan. Encik tak boleh terus begini, macam mana encik nak bantu pulihkan isteri encik sedangkan encik dalam keadaan begini.
Sham merenung sayu ke arah doktor dan mengharapkan sedikit kekuatan untuk dia menerima kenyataan ini.
Sham : Doktor, bolehkah saya melihat isteri saya?. Izinkanlah saya mencium dahinya. Dia isteri saya doktor, hanya dia yang ada di hati saya. Saya sayangkan dia lebih dari saya sayang diri saya sendiri. Jika diberi pilihan, biar saya saja yang lumpuh, doktor.
Doktor : Boleh tapi dengan satu syarat, jangan buat bising.
Sham : Terima kasih doktor.. Terima kasih.. Saya janji saya tak buat bising, saya cuma ingin cium dahi isteri saya..
Doktor pun membawa Sham ke Unit Rawatan Rapi dimana Intan ditempatkan. Dalam keadaan yang sayu, Sham menghampiri katil isterinya. Sham memandang seraut wajah Intan, tanpa disedari sekali lagi airmata Sham mengalir apabila terkenangkan nasib yang menimpa isterinya. Dalam keadaan yang sayu itu, Sham segera mencium dahi isterinya dengan penuh kasih dan sayang. Sham sempat berkata di telinga Intan, walau apapun yang terjadi Intan tetap isteri abang..
Kemudian Sham beredar dari situ untuk memberi ruang kepada Intan untuk berehat. Sham segera mendapatkan ahli keluarga Intan yang sedang resah menunggu di luar. Sekali lagi Sham diajukan dengan pelbagai soalan yang kian menambahkan lagi kesedihannya. Dengan renungan yang pilu dan airmata yang mengalir membasahi pipi Sham, Sham berkata :
Sham : Mak, ayah, Intan selamat..
Mak : Betul ke Sham?. Apa doktor kata?.
Ayah : Betul tu Sham, doktor kata apa?.
Airmata terus mengalir dan Sham tahu, mahu atau tidak dia harus beritahu perkara yang sebenar kerana mereka adalah ibu dan ayah kepada Intan.
Sham : Mak, ayah.. Doktor kata Intan selamat cuma…
Mak & ayah : Cuma apa Sham?. Cakap Sham..!!
Sham : Intan lumpuh mak, ayah…
Mak Intan yang mendengar kata-kata itu, terus jatuh dan pengsan kerana tidak dapat menerima kenyataan tersebut.. Ayah Intan hanya mampu menangis dan begitu juga ahli keluarganya yang lain. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh mereka melainkan hanyalah berdoa kepada yang maha pencipta iaitu Allah S.W.T..
Bersambung..

sedihnya saya baca citer nih.. begitu besarnya erti pengorbanan seorang suami.. awak leh jadi seorang suami cmni ke.. ekekekke..
uih,kamezaim terlupa nak sediakan towel ar.. ekekeke hehe citer ni belum habis lagi ni, cerita benar ni.bukan rekaan.. boleh,kamezaim ni kan baik.. hahahaha
hmm, kalau yang menerima pengorbanan tu someone yang tahu dan ingat pengorbanan org pada diri die..bagus tapi kalau tidak, pergh sakit jiwa. saya muak nak bekorban untuk orang. hohhoo
Pergh,muak tu yg tak tahan tu.. hehe setiap pengorbanan memerlukan keikhlasan..kadang kala kita tak mengharapkan balasan pada pengorbanan yg tlh kita lakukan..
sdih btol crite ni..
da nk nangis plak rsenye..huhu
hanya yg mampu memahami saja yg akan terasa kesedihannya..
pokok pangkal nya iman
saya tak bleh nak baca habis cherita ni
huhu
tersangkut di jiwa bab2 pengorbanan ni karang tak pasal2 saya nanges plak
Uih,jgn nangis koyuki.. hhe baca je lah dulu smpai habis.. ngee
wah tak sabar ni nak tau sambungan nya
uih, ye ke Nazra? ngee Alhamdulillah.. haish..
aduh…kamezaim buat idalara menangis mlm ni…sudalah mng tgh sedih ni..
sedih kerana dapat menyelami perasaan si suami..
tak sabar nk tahu kesudahan citer ni..mcm cerekarama pulak dah..huaaaaa..:((
Aduh, jgnlah menangis wahai idalara.. hehe cerekarama ke? kuikui saluran prima ni.. ekekeke