Bila Iman Hilang Dalam Pegangan..

“Bila iman hilang dalam pegangan, maka hilanglah pertimbangan diri..” Mungkin itulah antara ayat yang sesuai untuk kes pembunuhan kejam di Tampin baru-baru ini. Di mana 4 nyawa tidak berdosa menjadi korban yang sangat menyayat hati. Bagaimanapun, suspek utama kes tersebut berjaya ditahan di LRT Masjid Jamek. Kemudian suspek menunjukkan tempat dia menanam kepala ayahnya. Mari kita baca kisah selanjutnya yang dipetik dari akhbar harian metro hari ini..

TAMPIN – “Selepas menukar pakaian sekolah, saya ke ruang tamu dan nampak kakak (Siti Khatijah) baring di situ.

“Saya ingat dia tidur tetapi apabila saya hampiri, saya terkejut nampak ada pisau terpacak pada dada kakak dan dia sudah pun meninggal dunia.”

Demikian cerita sedih, Siti Mariam Ismail, 19, yang menemui mayat kakaknya, Khatijah Ismail, 22, di Kampung Batang Rokan di Gemencheh di sini kelmarin.

Dalam keadaan menangis, Mariam berlari ke rumah nenek dan datuk yang terletak bersebelahan rumahnya dengan harapan untuk mendapatkan pertolongan.

Bagaimanapun, cerita gadis itu, di rumah tersebut dia menemui tiga lagi mayat iaitu mayat ayahnya, Ismail Awang, 76, datuk, Atan Daud, 90, dan nenek, Sufiah Keatas, 80.

Dia sangat sedih melihat keadaan empat mayat ahli keluarganya yang mati dalam keadaan sungguh ngeri terutama mayat bapanya yang tiada kepala.

Sebelum kejadian, katanya, dia tidak sedap hati apabila bapanya tidak menjemputnya dari sekolah di Sekolah Menengah Datuk Taha Gemencheh yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah.

“Biasanya ayah jemput saya tetapi kali ini selepas sejam menunggu ayah tidak muncul malah dia dan kakak juga gagal dihubungi sebelum saya pulang menaiki bas,” katanya sambil menangis.

Sampai di rumah, abangnya, Rashidi Ismail, 34, graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor tiada di rumah dan kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya pada malam sebelum kejadian ketika abangnya baru sampai ke rumah dari Kuala Lumpur.

“Abang tiada masalah dengan keluarga. Tiada langsung pergaduhan cuma dia pernah putus tunang dua kali,” katanya

Siti Mariam (Adik Siti Khatijah Dan Juga Suspek)

4 Mangsa Pembunuhan Kejam

Ibu Kepada Siti Khatijah Dan Juga Suspek

* Semoga roh mereka ditempatkan di antara golongan-golongan orang yang beriman. Kamezaim berharap yang bersalah akan mendapat balasan yang setimpal dengan pembunuhan yang telah dilakukan. Manusia apakah itu, sanggup membunuh ahli keluarga sendiri. Membunuh seorang ayah yang selama ini bersusah-payah membesarkan kita, membunuh adik perempuan yang sentiasa mengharapkan perlindungan dari seorang abang. Dunia tak pernah berubah, manusia saja yang sentiasa berubah..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 44Pelawat Hari Ini:
  • 52Pelawat Semalam:
  • 362Pelawat Minggu Lepas:
  • 37614Jumlah Pelawat:
  • 2Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net