Ibu, Anak & Menantu..

ibu_mertuaku1b

(Sekadar Gambar Hiasan)

Kisah Ibu Yang Berdendam Terhadap Menantunya..

Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar) dan razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah.. Mereka sering kelihatan bersama  di kantin, di dalam kelas mahupun waktu belajar di luar kelas.. Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yang terletak di sekitar kuala lumpur. Mereka bagaikan belangkas yang tak dapat di pisahkan lagi tetapi dalam setiap percintaan  mesti ada dugaannya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti segala kehendaknya.. Salmah adalah ibu kepada Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dengan seorang  lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu daripada jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sangat marah terhadap Razman & menyimpan dendam terhadap Razman. Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu dengan niat untuk memisahkan  mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dengan rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dengan perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah  setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan. Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman tapi malang telah menimpa mereka. Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya  tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya tambahan mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup. Razman cuba untuk memperbaiki keadaan. Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab, penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

………… ……… ….

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Apakah agaknya reaksi ibu mertua dia yerr.. hehe Harap kisah ini mampu menjadi iktibar, pedoman dan renungan buat kita bersama..

2 Pendapat untuk “Ibu, Anak & Menantu..”

  • hanie di sini~~No Gravatar berkata:

    hahaha…~~~
    sangat2 la lawak….
    awk reka sendiri ke cite ni??
    ape2 pun salam singgah kat blog nie..
    hari tu singgah blog saye nk tumpang isi minyak ye…
    maaf la ye…gi la cari mnyk kat shell or petronas yang berhampiran anda…
    sye cume ade minyak masak tuk menggoreng je…
    huhuhu~~~

  • kamezaimNo Gravatar berkata:

    lawak ke hanie? hehe xdelah, member hantar dkt e-mail.. hehe nak pergi petronas tak sempat,tu yg singgah nak isi dkt rumah hanie tu.. ngee. minyak masak pun minyak masaklah…. :)

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 42Pelawat Hari Ini:
  • 65Pelawat Semalam:
  • 362Pelawat Minggu Lepas:
  • 37560Jumlah Pelawat:
  • 1Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net