Wrong Turn I & II..

Wrong Turn IWrong Turn II

Hehe Semalam kamezaim tengok citer ni pulak, Wrong Turn I & II. Atau dalam bahasa melayunya adalah salah pusing.. ekeke Memang best lah, jalan cerita pun menarik dan watak yang dibawa pun berkesan. hehe Wrong Turn I mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Chris Flynn yang sedang menuju ke tempat kerja namun terpaksa berpusing balik mencari jalan pintas yang lain memandangkan jalan utama tersebut mengalami kesesakan akibat kemalangan.

Dia berhenti di satu kedai stesyen minyak untuk bertanyakan jalan pintas yang lain dan dia terlihat satu peta di dinding kedai tersebut. Kemudian dia pun melalui jalan pintas yang seperti ditunjukkan dalam peta tersebut. Sedang dia memandu tiba-tiba dia terlihat bangkai seekor lembu di tepi jalan dan sedang dia asyik melihat bangkai tersebut, dia terlanggar kereta yang lain di hadapannya. Kereta yang dilanggarnya itu berhenti di tengah jalan kerana tayar bocor. Disitulah Chris Flynn mengenali yang lain iaitu Jessie, Carly, Scott, Evan & Francine. Chris Flynn, Jessie, Carly & Scott pergi mencari bantuan manakala Evan & Francine ingin menunggu di kereta sahaja. Setelah mereka berpisah, bermulalah operasi pembunuhan yang kejam.. Mangsa pertama adalah Evan.. hehe

Carly, Chris, Jessie & Scott

Bermulalah episod-episod yang mengerikan. Pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh 3 orang yang sudah tidak menyerupai wajah manusia.. hehe Badan 3 pembunuh tersebut sudah dikuasai tenaga radioaktif. Tidak mudah mati, cepat dan agresif. hehe

FrancineFrancine Kena Potong

2 sudah dibunuh manakala 4 lagi masih hidup. Adakah Chris, Jessie, Carly & Scott akan dapat meneruskan kehidupan dan kelaur dari kawasan yang amat mengerikan itu?. Dapatkan DVD di pasaran dan saksikanlah sendiri penderitaan demi penderitaan yang dilalui mereka berempat..

PembunuhJessy Kena Tangkap

Jessie KetakutanJessie

Movie Trailer

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Wrong Turn II

Wrong Turn II mengisahkan tentang satu pertandingan survival yang diadakan di dalam hutan tersebut. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh pengacara bernama Dale Murphy iaitu bekas tentera marin. Disertai oleh beberapa peserta yang terdiri daripada wanita dan lelaki. Pusingan pertama bermula dengan acara mencari makanan. Mereka dibahgikan secara berkumpulan iaitu satu kumpulan terdiri dari 2 orang. Bermulalah episod pembunuhan yang kejam..

Dale, Mara & Nina

Apakah yang terjadi kepada mereka semua?. Adakah mereka menyertai pertandingan yang hadiahnya ditawarkan sebanyak USD 200,000.00 itu berbaloi dengan dugaan yang mereka harus tempuhi. Saksikanlah sendiri untuk mengetahui akhirnya cerita ini.. hehe

Memasak

1Nina

Movie Trailer

4 Pendapat untuk “Wrong Turn I & II..”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 40Pelawat Hari Ini:
  • 52Pelawat Semalam:
  • 353Pelawat Minggu Lepas:
  • 37662Jumlah Pelawat:
  • 1Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net