The Hills Have Eyes I & II..


Assalamualaikum..
Hehe Semalam kamezaim tengok The Hills Have Eyes I & II. Cerita kira oklah jugak tapi tak lah best gilerr.. Setakat nak tengok tu bolehlah. Bagi kamezaim, The Hills have Eyes II lebih menarik dari The Hills Have Eyes I. Siapa yang tengok The Hills Have Eyes I pasti terasa sakit hati giler dengan heroin tu. Nama heroin tu dalam filem adalah Brenda. Nak tahu kenapa kamezaim kata mesti sakit hati tengok watak yang dia bawa?..
Bodoh dan bodoh.. hehe Bila waktu yang sepatutnya kena duduk diam, dia boleh menjerit lah, menangis lah.. Memang senang giler orang yang nak bunuh diorang tu boleh cari diorang.. hehe Tak pasal-pasal kena rogol.. hehe The Hills Have Eyes I mengisahkan tentang perjalanan sebuah keluarga yang bercuti di kawasan pergunungan. Kereta yang mereka naik kekurangan minyak jadi mereka berhenti di sebuah stesyen minyak di kawasan itu. Datanglah seorang penjaga stesyen minyak tersebut, setelah selesai mengisi minyak, mereka pun ingin meneruskan perjalanan seperti biasa. Namun di tahan oleh penjaga stesyen minyak tersebut yang kononnya ingin memberitahu jalan pintas untuk sampai ke destinasi mereka. Akhirnya mereka pun dengar segala kata-kata dia dan mereka pun melalui jalan yang diberitahu penjaga stesyen minyak tersebut.. Bermulalah satu episod ngeri bgai keluarga tersebut apabila tiba-tiba tayar kereta mereka pecah kerana perbuatan khianat (tanpa disedari). Mereka tidak tahu yang mereka berada di akwasan Sector 16. Sector 16 adalah kawasan ujian peluru nuklear.


Orang pertama yang kena tangkap oleh makhluk yang tidak dikenali tersebut adalah ayah mereka iaitu Bob Carter. Dia dibakar hidup-hidup di kawasan berhampiran kereta mereka dengan harapan dapat mengalihkan perhatian yang lain. Memang mereka bijak, semua ahli keluarga pergi untuk memadamkan api di badan Bob Carter dan hanya Brenda yang tinggal di dalam kereta tersebut. Kesempatan tersebut diambil oleh makhluk yang tidak dikenali tersebut untuk merogolnya.. Haha




Siapakah yang masih tinggal dan meneruskan kehidupan?. Dapatkanlah DVD di pasaran.. hehe Lihat movie trailer di bawah untuk menyaksikan sedikit bahang cerita ni..
………………………………………………………………………………………………………………………………………
The Hills Have Eyes II
The Hills Have Eyes II pula mengisahkan tentang satu kumpulan angkatan tentera (Dalam Latihan) yang menjalankan operasi menjejaki beberapa saintis yang telah hilang dari kawalan di kawasan tersebut. Diketuai oleh seorang Sarjan. Setibanya mereka di sektor 16 tersebut, yang tinggal hanyalah khemah-khemah santis. Mereka cuba mencari dan mengesan di sekitar kawasan situ dan mereka temui satu mayat saintis. Bermulalah episod latihan dalam kenyataan.. hehe


Rupa mereka memang buruk akibat kesan dari letupan dan bahan nuklear. Mungkin kerana itu mereka cukup marah dengan manusia yang tidak seperti mereka. Mereka ni jenis makan orang, barangkali dah tak ada benda lain lagi kot nak makan.. Ye lah, tengah-tengah kawasan macam tu mana nak ada apa.. Yang perempuan menjadi mangsa rogol, sebab mereka ingin anak seperti mereka. Kali ni yang kena rogol pulak adalah Missy, heroin nombor 2. hehe Ganas beb diorang ni rogol, sebijik macam lembu rogol kambing.. haha

Siapakah yang terselamat dari pembunuhan tersebut? Atau tiada yang dapat lari dari manusia yang makan manusia itu.. Dapatkanlah DVD di pasaran untuk mengetahui penghujungnya.. hehe Saksikan Movie trailer di bawah..
ai..kamezaim ni dah tkde keje ke asik nenguk wayang je..g le dating dgn aweks ke…
bunyi mcm best je citer ni tp bnyk sgt unsur2 keganasan mng tk minat nk nenguk..
p/s kamezaim ni sejak ada hosting sendiri ni..menulis tk syg mulut betul….tk de insurans gitu..ish3x
hahaha jeles ke idalara.. hehe jom le kita tngok sama2.. hehe uih, apa kena mengena menulis xde insurans dgn hosting sendiri.. ekekeke