SUBLIME (Horror Film)

Assalamualaikum..
Dah habis mabuk daging korban kerr??.. hehe Si Idalara tu kalau dah makan daging korban, mana lah nak ingat lagi dekat kita ni.. haha Ok, sebenarnya kamezaim cuma nak tahu ada ke sesiapa yang pernah tengok filem Sublime (Gambar) ?. Kalau ada yang pernah tengok, tak pe lah. Kalau yang belum tengok, tak rugi anda tengok. Memang best giler. Filem tu Unrate, kalau tak silap di Malaysia sukar di cari. Kalau ada pun mungkin masuk bawah sampan.. haha Semalam kamezaim tengok, macam best je gambar dekat cover dia. Tapi memang best gilerr.. Cerita yang penuh perasaan..
Cerita ni Horror sikit. Mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang lelaki yang menyambut hari lahir yang ke-40 tahun. Nama lelaki tersebut dalam filem adalah George Grieves. Si George Grieves ni selalu bermimpi, boleh dikatakan setiap waktu dia termimpi. Dia ada seorang isteri dan 2 orang anak. Satu hari mereka meraikan hari kelahiran dia (George Grieves). Dia dapat hadiah dari isteri, anak, adik dia dan juga kenalan dia. Pada keesokan hari, dia dan isteri pergi berjumpa doktor. Dan dia menjalani satu pembedahan. Kemudian tak berapa hari selepas itu, dia sedar dari koma. Bermulalah satu episod ngeri dan tragis dalam hidup dia..


Tiba-tiba datang seorang jururawat wanita bernama Zoe. Cukup cantik dan seksi. Perkataan pertama yang keluar dari mulut si George ni adalah “Dimana isterinya?”. Soalan itu diajukan kepada jururawat tersebut. Jururawat tersebut hanya berkata, isterinya dalam perjalanan. Kemudian dia bertanya lagi, “saya di mana?”. jururawat tu pun berkata, sepatutunya dia di letakkan di wad tingkat 6 tapi memandangkan sana penuh, terpaksalah diletakkan di wad tingkat 7. Kemudian si George ni terpandang tingkap di hadapan dia, kelihatan sebuah banggunan yang dah rosak. Terdetik di hati dia, ada sesuatu yang tak kena. Kemudian dia berasa sakit di perut sebelah kiri. Dia membuka sendiri balutan yang membalut luka pembedahan tu, dia terkejut kerana jahitan di perutnya amat buruk sekali. Dia cuba panggil doktor yang membedahnya itu, namanya Dr. Sharazi. Dia menekan butang kecemasan, tapi yang datang adalah seorang penjaga di wad tu iaitu namanya Mandingo. Muka yang amat bengis hingga tersentak si George ni. Kemudian, tak berapa lama selepas tu si Zoe datang lagi untuk memeriksa si George ni. Hati si George ni kian bercelaru memikirkan apa yang terjadi, di mana isterinya. Kenapa tak datang menziarahnya dan yang paling membingungkan dia adalah, di mana dia berada?. Isteri si George ni nama dia Jenny. George amat menyintai isterinya. Si George ni minta bantuan si Zoe ni untuk bawa dia pergi ke banggunan yang rosak tu sebab di hati dia seolah-olah ada sesuatu di sebalik banggunan yang rosak tu. Pada mulanya si Zoe tak mahu tapi akhirnya mengalah sebab bekali-kali dipujuk oleh si George ni. Akhirnya si Zoe membawa George ke banggunan rosak tersebut menggunakan kerusi roda. Dengan takut dan cemas, si Zoe membuka pintu utama banggunan rosak tu dengan perlahan-lahan. Sebenarnya dia tahu apa yang ada di dalam banggunan tu, sepatutnya dia tidak boleh bawa sesiapa pun ke dalam banggunan yang rosak tu tapi memandangkan dia terlalu kasihan dengan si George ni, lalu dia bawakan juga walaupun dia tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya sendiri.

Di dalam banggunan yang buruk tu ada beberapa bilik. Suasana yang kelam dan hanya diterangi lampu kecil sahaja, menimbulkan lagi tanda tanya di hati George. Dia terlintas satu bilik yang penuh dengan buku-buku lama. Dia minta Zoe bawa dia masuk ke dalam bilik tersebut. Kemudian dia mencari mungkin ada diantara buku-buku tersebut tertulis nama dia. Ya, memang ada dan dia terus mengambil dan membacanya. Alangkah terkejutnya dia apabila dalam buku tersebut ada gambar-gambar masa dia menjalani pembedahan. Dia sendiri pun tak tahu kenapa pembedahan seperti itu yang dilakukan ke atas diri dia. Kemudian dia mengajak Zoe pergi lagi ke bilik-bilik lain, setiap bilik dia melihat ada wanita yang dibedah hidup-hidup, diambil organ-organ dalaman. Dia ambil tisu payudara, dan sebagainya. Memang sah apa yang dia fikirkan selama ni, rupanya-rupanya hospital ini menjalankan operasi haram iaitu mengambil organ-organ manusia. Sedang dia berjalan menuju satu lagi bilik yang terakhir, hatinya kian berdebar kerana dia amat pasti akan suara itu. Dia melintasi pintu bilik tersebut dan berhenti betul-betul dihadapan bilik tersebut. Alangkah terkejut dan sayunya hati dia apabila melihat isteri tercinta iaitu si Jenny sedang berasmara degan Dr. Sharazi. Terkangkang-kangkang si Jenny kena lanyak dengan Dr. Sharazi.. haha Kemudian si Jenny pun perasan yang suaminya sedang melihat, terkejut beruk 2 orang yang tengah melepaskan bahang asmara tu. Terus si George ajak si Zoe beredar kerana tidak sanggup melihat isteri yang hidup bersamanya selama ini rupa-rupanya seorang yang curang. Di situlah antara babak yang amat menyedihkan. Sudahlah nasib diri pun belum diketahui penghujungnya, si isteri yang diharapkan pun rupa-rupanya ada skandal dengan doktor tersebut. Terfikir sejenak di dalam hati dia, adakah isterinya hendak menjual organ dalamannya?. Oh tidak.. Dia sungguh tidak menyangka dan terus meminta Zoe menghantarnya semula ke wad.


Setelah si Zoe hantar si George ni ke wad, dia pun merenung tajam ke arah si George. Mungkin di memahami kesedihan dan kesengsaraan yang di alami oleh George. lalu, dia pun datang ke George dan membuka bajunya. Alangkah terkejut si George ni dengan apa yang dilakukan oleh si Zoe ni. Tapi dia lakukan juga, akhirnya mereka pun berasmara di atas katil wad tu. Mungkin si George ni pasrah kot sebab isteri dia curang, jadi apa salahnya kalau dia pun curang.. haha Sedang mereka asyik memadu asmara, si George terpandang sebuah ukiran tatu di belakang badan si Zoe ni. Tatu yang berbentuk pokok. Lalu si George pun bertanya, “apa makna tatu ni?.” Zoe pun memjawab, itulah simbol kehidupan manusia. Dari pokok yang kecil hingga menjadi pokok yang besar. Ranting dan dahan di tebang oleh manusia dengan sesuka hati. Lalu Zoe berkata lagi, mungkin ini adalah saat akhir kita bertemu dan bersama. Mungkin selepas ini kita akan bertemu tapi bukan dalam keadaan seperti ini lagi.. Dah selesai, si Zoe pun beredar dari situ.. Dan si George pun terlena..
Kemudian si George berusaha dengan sepenuh daya untuk melarikan diri. Kerana dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan hospital tersebut. Dalam sedang dia berusaha melarikan diri menggunakan kerusi roda, baru dia perasan bahawa kaki kanan dia sudah tiada. Sudah kena potong. Dia tetap melarikan juga sambil menangis dan berharap agar dia dapat keluar dari hospital tu. Yah, akhirnya dia pata keluar dari pintu utama hospital tu tapi malang, dia ditarik semula ke dalam oleh si Mandingo. Ini lagi satu babak yang amat menyayat hati. Kemudian dia pengsan..

Setelah dia terjaga dari pengsan, dia terkejut kerana si Mandingo ada di sebelah dia. Lalu si mandinggo dengan kejamnya mengeluarkan gunting pemotong ranting dan memotong di celah-celah jari tangan dan kaki si George ni. Satu saat yang mengerikan apabila george tidak mampu melawan memandangkan kedua-dua tangannya diikat. Dia hanya mampu melihat dan menahan kesakitan akibat di potong di celah-celah jarinya. Nak menjerit pun tak boleh sebab mulutnya ada alat bantuan pernafasan. Kemudian si Manlingo berhenti dari memotong, dan dia kata cukuplah itu untuk hari ini. Esok dia akan datang lagi untuk memotong alat kemaluannya pula. haha Sambil tersenyum jahat, dia membuka tirai sebelah George dan georger terlihat sekujur tubuh yag masih bernyawa yang telah dipotong kaki dan tangannya. Malinggo mengalihkan badan tersebut dan si George ternampak tatu di belakang orang di sebelahnya. Dia amat tahu tatu itu milik siapa kerana baru semalam dia berasmara dengannya. Lagilah menambahkan sedih dan ngeri di hati dia.
Apa yang terjadi pada George seterusnya?. Apakah nasibnya?. Adakah hidup atau mati?. Nak tahu, tengoklah sendiri.. Memang best dah benar-benar menginsafkan kita.. hehe Jangan marah yerr… :p
-: Info :-
Judul Film :
Sublime
Pengarah :
Tony Krantz
Penulis :
Erik Jendresen
Barisan Pelakon :
Tom Cavanagh Sebagai George Grieves
Kathleen York Sebagai Jenny
Katherine Cunningham-Eves Sebagai Zoe
Dan ramai lagi..
Movie Trailer

amboi..suke2 je mengutuk kita ek..tk sempat pun makan daging korbanlah kamezaim..lupa nk mintak dgn mak…
mak aii..pnjngnya citer ni..tk yah tguklah sbb kamezaim dah citer..semenjak dua menjak ni rajin kamezaim tguk wayang..tknk pun ajak idalara yg keseorangan ni..hehehehe..tp citer mcmni tknaklah tguk…mngerikan bab potong memotong ni…lainkali kamezaim tuk wayang ajak idalara ye…
hehe ala,jgnlah marah idalara.. hehe Daging korban pun nak mintak dgn mak gak ke.. hehe Kamezaim citer separuh je, tu pun bukannya semua A sampai Z.. hehe Sinopsis sikit2 jerr… hehe Memang best Idalara, touching gilerr… Rasa sedih,takut,gementar,semua ada.. Apakah rasa agaknya klu kita berada di tempat george tu.. hehe kamezaim tngok DVD lee,,bukan wayang.. ish.. xpe idalara, nanti kita g tngok filem sangam yerr… hahahaha mera mangki ganga, ate ri mangki jan na ta.. tabo mera tabo.. hahaha kah..kah..
heh..mcm best je..
tp nmpak crite ni mcm untk 18SX je..hehe
haha Zayani tak boleh jadi 18 SX lagi kerr.. ngeee..
tak bleh lgk..huhu
nmpaknye kne la tnggu lgk 2thn..hehe
knp zayani? ekekeke