House Of Wax (Horror Film)

Assalamualaikum..
Hehe Kalau hari tu kamezaim tengok filem Sublime, kali ni kamezaim tengok filem House Of Wax plak. hehe Cerita ni pun dikategorikan cerita seram gak. Bukan cerita hantu tapi cerita kekejaman. hehe Cerita ni diterbitkan pada tahun 2005 oleh pengarah Jaume Collet-Serra. Cerita ni mengisahkan tentang 4 sahabat dan 2 adik-beradik yang mengadakan perkhemahan di dalam suatu kawasan yang terpinggir dari kesibukan kota..
Setibanya mereka di tempat tu, mereka pun mendirikan khemah masing-masing. Sedang mereka leka berborak, tiba-tiba kehadiran bau busuk memenuhi kawasan tersebut. Carly Jones dan juga Paige cuba menjejaki dari mana kehadiran bau busuk tersebut. Akhirnya Carly Jones tergelincir dan jatuh ke dalam lubuk pembuangan bangkai binatang. Wade cuba menghidupkan enjin keretanya namun gagal kerana tali kipas keretanya terputus. Wade adalah teman lelaki kepada Carly Jones. Tiba-tiba hadir sebuah kereta yang membawa muatan bangkai binatang, lelaki tersebut mempelawa Wade untuk menumpangkannya untuk pergi ke sebuah bandar berdekatan situ yang dikenali sebagai bandar Ambrose. Si Carly Jones pun secara rela hati ingin menemankan teman lelakinya untuk menaiki kenderaan yang tidak dikenali tersebut menuju ke Ambrose.

Setibanya di Ambrose, Wade dan Carly Jones pergi menuju ke tengah-tengah bandar tersebut tanpa ditemani lelaki yang tidak dikenali tersebut. Kemudian lelaki yang tidak dikenali tu pun beredar dari situ. Wade dan Carly Jones sungguh gembira kerana ada juga bandar kecil di tengah-tengah hutan begini. Kemudian Wade dan Carly Jones pun menuju ke sebuah stesyen minyak tapi tida orang. Kemudian mereka menuju ke gereja dan ramai orang di dalam gereja tersebut sedang menghadiri upacara kematian. Anak kepada si mati pun keluar lah dari gereja dan bertanyakan pada mereka. Wade pun berkata, ” Saya ingin beli tali kipas size 16″. Kemudian lelaki tersebut pun berkata, “Tali kipas size tu tak ada di kedai, ianya ada di rumah dia”. Kemudian lelaki tersebut pun mempelawa Wade dan Carly Jones ke rumahnya. Setibanya di rumahnya, lelaki tersebut meminta agar Carly Jones menunggu di dalam kereta yang terletak di hadapan rumah tersebut dan membiarkan Wade sahaj yang masuk. Tanpa sebarang keraguan, Wade pun masuk dan terus menuju ke tingkat atas rumah tersebut. Tiba-tiba lampu tingkat atas rumah tersebut terpadam dan menyebabkan Wade tidak nampak apa-apa. Pintu pun tiba-tiba terkunci. Dalam keadaan samar-samar tersebut hadir seorang lelaki bertopeng muka memotong urat kaki (Urat Keting) Wade dan Wade terus terjatuh. Wade cuba menjerit namun Carly Jones langsung tidak dengar. Kemudian Wade pengsan..


Carly Jones sudah mula mencurigai dan dia segera menghubungi kawan-kawannya yang lain. Carly menghubungi telifon bimbit Paige namun Paige buat tidak tahu kerana sedang leka memadu asmara dengan Blake. Tiba-tiba hadir seorang lelaki menarik Carly Jones dan hp tersebut terjatuh di bawah kusyen. Carly Jones cuba melarikan diri namun gagal dan akhirnya berjaya di tangkap oleh lelaki yang tidak dikenali tersebut. Wade di bawa ke suatu tempat di bawah tanah dan di suntik ubat lumpuh. Wade mampu merasa dan melihat namun dia tak mampu untuk bergerak. Wade dibogelkan dan disembur dengan Wax ke seluruh badannya. Wade menahan kesakitan namun Wade gagal berbuat apa-apa. Kemudian tubuh Wade yang sudah dibaluti Wax diletakkan bersama-sama tubuh mangsa-mangsa yang lain di sebuah rumah yang dikenali sebagai House Of Wax. Banggunan House Of Wax dan juga setiap apa yang berada di dalam banggunan tersebut semuanya diperbuat dari Wax. Patung-patung yang ada di dalam banggunan tersebut seolah-olah seperti patung asli tapi sebenarnya mereka semua menerima nasib yang sama seperti Wade.
Abang kepada Carly Jones iaitu Nick Jones dan juga temannya iaitu Dalton menuju ke bandar tersebut untuk mencari adik dan juga teman lelakinya memandangkan hari sudah lewat malam namun merka tidak juga pulang di tapak perkhemahan tersebut. Dalam masa yang sama, si Blake dan juga Paige yang sedang leka berasmara di dalam khemah dibunuh dengan kejam oleh lelaki bertopeng tersebut.



Adakah Carly Jones, Nick Jones dan juga Dalton juga menerima nasib yang sama seperti Wade, Blake dan juga Paige?. Apakah yang terjadi seterusnya?. Untuk mengetahui penghujung cerita tersebut, silalah dapatkan DVD House Of Wax di pasaran.. hehe
Movie Trailer
saye suke cite ni ..mmg horror..tp lebih horror biler sy mendapati yang rupa2 paris holton mmg boleh berlakon..credit to paris
haha pernah tngok ye.. bagus2.. kamezaim ada geng rupanya.. hehe uih, paris hilton boleh berlakon lebih horror dari cerita ye candy cane.. kah..kah..kah..
kebanyakan lelaki cukup suka kat Paris Hilton. tidak terkecuali Fasha Sandha. haish…
tidak terkecuali fasha sandha ke atau tidak terkecuali rai nazra.. ekekeke