Aku Di Dalam Dilema..

1Assalamualaikum..

Aduh, sudah 4 hari rasanya blog ini ditinggalkan. hehe Apakan daya, aku berada di dalam dilema. Dilema yang terlalu sukar untuk dijelaskan melalui kata-kata, hanya mampu difahami oleh mereka yang pernah melaluinya sahaja. Ini bukan sebarang dilema, ini bukan dilema percintaan. Tapi ini dilema kehidupan.. Wuargh!!

Semalam aku cukup sengsara, sengsara oleh dilema yang ku lalui ini. Sakit bukan main kepalang bila gigi gaham nak tumbuh lagi. Makan pun sakit, tidur pun sakit, bergerak pun sakit. Semuanya sakit, aku sengsara gilerr semalam. Aku tidur pukul 6 pagi semalam, bertapa seksanya menahan kesakitan. Sakit sampai ke leher, aku rasa macam leher aku ni dah besar tiang TNB dah..

Disebabkan terlalu sakit, aku berhajat untuk ke klinik hari ni. Terlupa yang hari ni hari ahad, doktor tutup klinik sebab semalam letih pergi clubbing. kuikui.. Disebabkan terlalu sakit juga, aku gagahkan juga cari klinik sekitar sini. Dah habis semua jalan JKR buat kat sini aku dah sukat, sakit gigi punya pasal,, hehe Akhirnya aku jumpa juga satu klinik yang buka tapi akan ditutup lagi 10 minit. Sebab hari ni klinik tu separuh hari. Aku tahan nurse cina tu, nak cakap tak boleh sebab sakit.. hehe Dia pun tengok aku semacam jer, ingat aku nak buat rompakan kot. hehe Aku tunjuk isyarat dekat pipi aku, nurse tu senyum jerr.. Cuih, kurang asam punya nurse. Dia bukan tahu pun sakit bukan main, boleh dia dok senyum-senyum plak. Lepas tu aku terus jumpa doktor gigi tu, dah lama rasanya aku tak merasa tidur atas katil yang macam tu.. hehe Doktor tu pun check lah gigi aku, sebijik macam mekanik tukar minyak hitam. Wakaka Lepas tu dia kata gigi bongsu aku nak tumbuh, sebab tu sakit. Doktor tu kata ianya adalah normal tapi kadang-kadang tu akan menjadi unnormal. Dia suruh aku relax dulu dalam 2,3 hari ni, kalau masih sakit juga terpaksalah buat pembedahan. Pembedahan?? Alamak, aku paling alergik dengar perkataan pembedahan. Wuargh!!!

Aku pun cakap ok jer, harap-harap ok lah. hehe Aku pun ambillah ubat dekat nurse tu, 2 jenis ubat. Rm 50.00. Fuh, mahal beb.. Tapi kalau dah dalam keadaan sakit macam tu apa boleh buat.. hehe Masa aku nak blah jer, nurse tu sempat perli aku.. hehe Dia cakap dekat aku, ” Nanti masa pembedahan tu, kena jahit sikit dekat gusi tu.”. Sambil tersenyum-senyum dekat aku.. Perli aku lah tu, dia tahu aku ni alergik dengar pembedahan ni. Nak kena amoi tu, tunggu lerr.. Nanti aku bedah dia plak.. kuikui..

Terpaksalah 2,3 hari ni aku jati atok kebayan.. Wuargh… Kena makan roti potong cicah milo, kena makan bubur jerr… Wuargh.. Wuargh.. Tak boleh makan daging, makanan laut, makanan berminyak.. Fuh, mengalahkan perempuan baru lepas bersalin.. kuikui..  ^_^

4 Pendapat untuk “Aku Di Dalam Dilema..”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 40Pelawat Hari Ini:
  • 52Pelawat Semalam:
  • 353Pelawat Minggu Lepas:
  • 37662Jumlah Pelawat:
  • 1Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net