2009 Menjadi Kenangan..

Assalamualaikum..

Rasanya dah dekat seminggu blog ini berkubur akibat masalah dari pihak domain & hosting. Alhamdulillah, hari ini blog ini kembali seperti biasa. Terima kasih juga kamezaim ucapkan pada teman-teman kamezaim di sini yang ada menghantar sms kepada kamezaim untuk memberitahu bahawa blog ini tak boleh nak akses. Keperihatinan anda membuat kamezaim rasa benar-benar terharu. Terima kasih kawan-kawan..

Hari ini bertarikh 01/01/2010, maka bermulalah tahun baru di dalam hidup kita. Pejam celik pejam celik, 2009 sudah pun kita tinggalkan. Usia kian meningkat, cabaran dan dugaan kian bertambah berat. 2009 menjadi kenangan, 2010 menjadi perjuangan. Semoga kita semua kan tabah di dalam mengharungi segala dugaan mahupun rintangan. Selamat tahun baru kamezaim ucapkan buat semua teman-teman tak kira sama ada di dalam alam yang nyata mahupun di alam maya ini..

Kesempatan ini, kamezaim ingin memohon maaf kepada semua kiranya pada tahun 2009 kamezaim ada terkasar bahasa mahupun melukakan hati sesiapa. Kamezaim juga seperti anda, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Buat Sueella (KL) dan juga Raihan (P.G), kamezaim mendoakan agar ibu anda berdua kembali sembuh dari penyakit yang dialami dan menjalani kehidupan seperti biasa.

* Sebenarnya blog ni masih belum 100 % kembali seperti biasa. Nak tulis komen, nak baca selanjutnya dan nak buka lain-lain page pun tak boleh. Entahlah, kamezaim pun tak faham.. Sabar je lah..

8 Pendapat untuk “2009 Menjadi Kenangan..”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 42Pelawat Hari Ini:
  • 65Pelawat Semalam:
  • 362Pelawat Minggu Lepas:
  • 37560Jumlah Pelawat:
  • 1Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net