Senyum Dalam Tangisan..

Kenapalah dengan hidup ini, ada saja babak yang menyentuh hati dan rasa sebuah perasaan. Walau aku tidak pernah menyalahkan kehidupan ini namun aku ingin juga tahu kenapa dan mengapa.. Adakah kerana aku manusia?. Atau adakah juga kerana aku seorang lelaki.. Mengapa aku sering saja terluka di dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini. Di mana silapnya hinggakan setiap apa yang ku lakukan ada saja yang tidak kena. Aku cuba selami di mana kesilapannya namun tidak jua ku temui. Aku hampir tewas, tewas di dalam mengharunginya. Aku hampir jatuh, tenggelam bersama sebuah keyakinan..
Hari-hari aku terima sms dari ayah aku sampai satu tahap tu aku sendiri pun tak termampu untuk menjawab setiap sms yang diterima. Hati aku berbelah-bagi, fikiran aku buntu, hati aku sayu mengenangkan nasib dia. Selepas kepergian arwah mak aku pada 02 September 2007, hidup ayah ku terus berubah. Kini usia ayah aku sudah 58 tahun. Aku faham perasaannya kerana aku juga seorang lelaki dan mungkin juga aku adalah anak yang memahami. Setiap perasaan luka, hiba dan sedihnya, pada akulah tempat dia luahkan. Aku tidak pernah menghalang dia untuk berkahwin lagi, jauh sekali untuk tidak pedulikannya setelah dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi. Aku tahu, aku tidak mampu membahagiakan dia. Mungkin dengan cara itu dia lebih bahagia di dalam meniti usia emas ini. Selepas kepergian arwah mak aku, dia ada berkahwin lagi. Tapi apakan daya, jodoh tidak berpanjangan. Mereka bercerai di mahkamah syariah. Kini hidup dia seolah-olah sampan yang hanyut tanpa bertali. Minggu lepas aku ada terima sms dari dia, dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi. Dia minta aku balik ke kampung pada bulan March ni. Aku hanya termampu untuk mendoakan kebahagiaan dia. 2 hari lepas aku terima sms dari ayah aku lagi, sms nya berbunyi begini.. :-
Senyum dalam tangisan,
Bibir mesra jiwa parah,
Luka di tangan nampak darahnya,
Luka di hati tak tau bisa atau parahnya,
Derita atau sengsara hidup kini tak siapa peduli,
Fikiran terganggu hilang pertimbangan jadi celaru,
Mati lebih baik dari hidup..
Bila aku tanya kenapa tulis sms macam tu, jawapannya cukup ringkas tapi mendalam maksudnya. Ayah aku berkata, “Borang kahwin sudah di isi tapi apakan daya, hajat di hati tidak kesampaian. Mungkin ada orang yang menghasut supaya tidak berkahwin dengan ayah aku.”. Itulah antaranya jawapan yang aku terima dari soalan yang aku berikan..
Aku sedar, aku bukanlah anak yang terbaik. Tapi aku tidak mahu menjadi seorang anak yang tidak tahu mengenang budi, jasa dan pengorbanan ayah aku terhadap aku selama ini. Cukuplah sekali aku merasa menyesal kerana tidak mampu membahagiakan arwah mak aku, aku tidak mahu merasainya lagi. Aku sedih setiap kali bila ayah aku menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, pasti ada anak-anaknya yang lain yang bermasam-muka dan sudah tidak mahu mempedulikannya lagi. Mengapa kita harus menghukumnya sebegitu, tidak terfikirkah kita bahawa suatu masanya nanti kita juga akan berada di mana dia berada sekarang. Isteri mahupun suami yang berada di sisi, tak kan selamanya mereka berada di sisi kita. Kita bukan berada di dalam filem mahupun drama, kita berada di dalam dunia yang nyata. Pernah suatu ketika itu, ayah aku ada berkata padaku. “Kalau anak-anak abah dah tak suka abah lagi sebab abah nak kahwin lagi, tak mengapalah. Sekarang abah larat lagi cari rezeki, nanti kalau abah dah tak larat, biarlah abah tumpang rumah orang-orang tua..”. Bila aku mendengar semua itu, aku terdiam seribu bahasa kerana mulut aku kaku untuk mengungkap mahupun sebaris ayat. Aku faham benar perasaannya dan walau aku susah mana sekalipun, aku tak kan biar dia tinggal di rumah orang-orang tua.
Pelbagai tomahan yang dia terima dari anak-anaknya yang lain bila dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi. Bagi aku, soal dia untuk berkahwin lagi bukanlah satu masalah yang besar. Walau dia berkahwin dengan sejuta wanita lagi, ibuku tetap satu. Ibu aku tiada 2 mahupun 3, ibuku tetap hanyalah satu. Yang pergi tetap kan pergi, yang masih hidup ini haruslah menempuhnya lagi. Ada sakit demam yang anak-anak boleh tolong picitkan tapi ada juga sakit demam yang anak-anak tak boleh tolong. Hanya seorang yang bergelar isteri sahaja yang mampu menolongnya. (Harap anda faham maksudnya..).
Walau apapun tafsiran dan pandangan anak-anaknya yang lain, aku tetap merestui hasratnya. Kerana aku tak mampu memberikan kebahagiaan yang dia inginkan, mungkin dengan cara itu jiwa nya kan lebih tenang dan bahagia. Apa yang aku inginkan hanyalah, melihat dia bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak.. Tak kisahlah siapapun mak tiri aku, yang penting dia dapat menjaga makan minum, sakit demam ayah aku. Aku tidak mampu lakukan semua itu kerana aku berada jauh darinya. Kebahagiaan ayah aku adalah kebahagiaan aku juga..
“Abah.. Kalau sekalipun anak-anak abah yang lain sudah tidak mahu pedulikan abah lagi. Percayalah, anakmu yang seorang ini kan sentiasa bersamamu di dunia mahupun di akhirat kelak. Kerana kau adalah ayah ku yang satu..”

Alhamdulilalh kerana kamu memahami hati dan perasaan seorg ayah yg keseorgan….
apapun berlaku..dia tetap ayah yg membuat kamu lahir dimuka bumi ini hingga mengenali aku seorg Idalara..juga beribu lagi teman2 di sini..tetaplah beri perhatian pada ayah kamu walau di manapun kamu berada…biar dia memilih jalan hidupnya sendiri..
Betul tu Idalara.. hehe
semoga abah kamu dan sekeluarga tabah mghadapi segala cabaran
sebagai anak kita kena membantu dan sentiasa bersama mereka yg masih ada
Terima kasih Mira..
Sedih baca……terEMO plak….
Bersabarlah….mesti bestkn ada ayah…aku hanya dapat rasa kasih syg abah hanya usiaku 6 tahun saja sebelum meninggalkan kami buat selamanya…
xpe la….nk balik ke teratakku dulu….
satgi berlarutan plak air mata ni….
Xpelah, sekali skala terEMO apa salahnye.. hehe Apapun,terima kasih..