Semoga Kau Berbahagia..

Dah lama blog ni tidak berupdate.. Apa boleh buat, sejak dua menjak ni kamezaim busy sangat-sangat dan badan pun tak berapa nak sihat. Terlalu banyak dugaan yang harus kamezaim terima dalam bulan lepas. Dah la kereta pun kena langgar sampai kemek pintu, 2 hari lepas kamezaim terima pula satu sms dari seorang yang kamezaim sayangi. Pada mulanya kamezaim ingat sms yang kamezaim terima itu hanyalah sms biasa seperti sebelumnya tapi tidak tersangka ianya meleset sekali..
Berpisah dengan kamezaim hanya dengan satu alasan, ingin menumpukan pada pelajaran. Dengan rela hati, kamezaim menerimanya dengan harapan hasratnya itu mampu menjadikan dia berjaya dalam cita-citanya. Sedikit pun kamezaim tidak terasa hati bila dia menyatakan hasratnya itu malah kamezaim memberinya ruang untuk menumpukan sepenuhnya kepada pelajarannya tapi apakan daya, segalanya tidak semanis kata dibibir.. Sms diterima, dihantar oleh dia yang disayangi..
“Maaf sebab buat suprise,
Cuma nak bagitahu atas persetujuan keluarga saya & pihak lelaki,
saya akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Feb 2010.
Kedatangan anda semua sangatlah saya harapkan
untuk meraikan hari bahagia ni dan raja sehari saya..”
Tiada kata mampu dilafazkan, kamezaim hanya membiarkan sms nya itu tiada balasan kerana kamezaim sendiri tidak tahu baris ayat apakah yang ingin disampaikan padanya sebagai balasan sms yang diterima itu. Mungkin itu yang terbaik buatnya, walau sakit hati ini namun kamezaim tetap mendoakan dia bahagia dengan pasangannya. Lagipun abangnya adalah kawan baik kamezaim. Tahniah buat Shah kerana menjadi ayah dan tahniah juga pada Juriah kerana menjadi ibu..
P/s : Kereta dah repair.. haha Minggu depan nak letak tinted plak.. ekeke Gembirakan hati sendiri walaupun terpaksa..
mula2 nak kutuk dulu.. huhu
1stly.. sian kena tingal ngn si Dia.. 2ndly.. sian Sbb si Dia dah kawin.. huhu.. melepas la.. balas balik sbb gelakkan org kt twitter.. haha.. sedih la dgr lagu ni awk.. nak boleh?? whateverpun.. i harap u tabah menghadapi dugaan hidup ini.. tak meriah kalau xde dugaan ni..
Amboi sue ni, ni ada yg nak kena ni.. hehe Kutuk lah puas2.. Kamezaim buat entry ni bukan nak pertikaikan dia tp cuma untuk dia tahu yg kamezaim sentiasa mendoakan dia bahagia walau apapun pilihannya.. bunga bkn sekuntum.. patah tumbuh hilang kan berganti.. No women no cry.. ngee
adalah dengan segala hormatnya dicadangkn supaya:
tukar theme ni sbb berat sgt nk load.
beri peluang kpd pelawat utk tutup lagu jika x sudi nk dengar.
terima kasih.
Terima kasih atas cadangan tu.. hehe Buat masa ni msh belum jumpa lagi plugin untuk music BG yg blh on / off..
Kesiannya….mesti rasa lembut lutut kan masa terima sms tu. Rasa macam dunia gelap seketika.
Suprise kepala hotak dia!!! ( Marah ni….)
Sanggup dia menipu dan hipokrite. Biar la…perempuan macan tu tak layak jadi bini….
Bersabarlah…mungkin ada hikmah disebaliknya. Mana tau Allah nak bagi yang lebih baik dari dia.
Tengok dari sudut positif, dari awal2 lagi dia dah menipu, macam mana kalau dah kahwin nanti??? Aku pulak yang lebih2…..
Apa2 pun….bersabarlah…
Moral og thr story….jangan serahkan cinta 100% pada orang yang bukan milik kita sepenuhnya kerana 100% cinta itu hanya milik Allah. Jangan terlalu sayang dan jangan terlalu berci….biarlah bersederhana dalam segala hal.
Jom terjah teratak dengan decorasi terbaru….
Hancur hatiku, mengenang dikau.. menjadi keping2 setelah kau pergi.. Lagu itu sesuai tak Iza untuk kamezaim? haha
Tak pernah dgr pun…..
Lagu Mahligai dari airmata la…..baru sesuai….
wa..bru bleh bkak..
knapa blog kmezaim slalu ssah nk bkak eh??
hmm..pape pon..sbar je la k.
mybe kamezaim tak jmpe dgn jodoh lg kot.
dan mybe kamezaim akn jmpe dgn wnita yg lbih sesuai drp die..
insyaAllah..
so, chears up k!
ni yang dok frust teruk2 sgt pasaiapa?cadangan hamba..pi umah dia masa kenduri nanti..mkn byk2…sbb masa bercinta dulu mesti kita je yg dok belanja org pompuan…hang pi mkn byk2..kalau nak awek gtau…ada la 2,3 org…
ape la korg ni…nmpk sgt xbc betul2….hoi bln feb tahun 2010 mana da 29hb la…bln ni smpai 28hb je