Ku Pasrahkan Segalanya..
Catatan Sepi…
Hari ini masih seperti semalam, tiada yang berubah. Adakah hari-hari yang mendatang juga akan seperti hari ini. Sampai bilakah ianya kan terus begini, hidup bagai meniti ombak yang resah, terapung sendirian setelah karam di lautan kehidupan. Sudah puas ku mencuba untuk menyusuri ke persisiran pantai namun apakan daya, ombak dan badai datang menghanyutkan ku kembali. Tiada tempat untuk berpaut, hanyut sepi seorang diri. Malang sungguh nasib diri, tiada yang sudi menghulurkan tangan membawa ku naik dari terus dibawa arus kehidupan. Mana teman-teman ku, mana sahabat-sahabat ku yang pernah suatu ketika dulu sentiasa berada di sisi menemaniku. Mengapa kehadirannya hanya tatkala aku tenang menyusuri liku-liku kehidupan dan hanya melihat ku tatkala aku bergelut dengan ombak kehancuran. Baru kini ku tahu mana teman mana lawan, mana permata dan mana hanyalah kaca. Tidak mengapa, aku anggap ini adalah lumrah penghidupan. Lumrah bagi setiap insan bernama manusia. Hari ini aku tewas tapi mungkin tidak untuk hari esok. Aku pasti bangun dari kegagalan, berbekalkan kesakitan dan keperitan. Mungkin masih ada sinar pada keesokkan harinya, tiada siapalah yang tahu..
Walau perit walau derita, kehidupan ini harus diteruskan jua. Selagi panggilan ilahi belum datang menjemputku, selagi itulah jua ku kan terus berada di dunia yang fana ini. Selagi itulah jua aku tidak akan putus dari menerima dugaan demi dugaan. Dugaan itu hadir untuk menguji ku namun adakala dugaan yang hadir itu benar-benar membuat ku hampir berputus-asa. Aku hanyalah manusia biasa, tidak punya kuasa mahupun sakti yang mampu menjadikan ku tidak seperti manusia yang lain. Aku tidak mengharapkan hidup ini penuh dengan kemewahan serta darjat, cukuplah sekadar aku bisa mengharungi hidup ini dengan tenang. Kerana aku tidak selamanya kan hidup di muka bumi ini, tidak selamanya kan menongkat langit yang indah ini, suatu masa dan ketika itu aku harus menerima jua hakikatnya yang aku harus pulang bertemu yang maha Esa..
Aku masih berharap agar esok masih ada untuk ku. Agar ku bisa terus menghayati indahnya alam ini. Walaupun bertemankan airmata, ku pasrahkan segalanya. Dengan hati yang redha, aku berdoa agar esok lebih indah dari hari ini dan semalam. Yang mana permata, kan ku bawa bersama menyusuri kehidupan. Manakala yang hanyalah kaca, ku tinggalkan bersama mimpi semalam. Hidup mesti diteruskan..
Sabarlah Wahai Sahabat.. Kadangkala kehidupan yang tenang perlu di uji untuk mengetahui samaada adakah kita seorang yang ‘tabah’ menghadapi liku2 kehidupan ini.. sekalipun dugaan yang datang itu terlalu perit untuk dilalui. Teruskan hidup dengan sentiasa bermuhasabah diri menginsafi kekurangan diri. Usia makin hari makin tua, gunakan kesempatan yang ada untuk memperbaiki diri. Tinggalkan segala keseronokan dunia yang sementara ini. Mendekatkan diri kepada Allah itulah jalan sebaik2nya yang perlu diikuti. Pesanan ini juga ditujukan buat diriku yang sering lupa!!
Sue, perli ke apa ni.. hehe Terima kasih di atas kata2 nasihat itu.. hehe
Bukan perli.. sekadar mengingatkan.. hehe