Kerani Yang Bodoh!!

1

Hari ni lagi sekali aku geram sangat. Geram dengan kerani di pejabat pos. Pejabat pos mana tak perlulah aku bagitahu, tapi yang aku marah sangat sebab kerani tu terlalulah bodoh binti sombong. Harap muka je cantik, tapi percakapan macam CELAKA. Ingat aku nak mengorat kot, cuih tak ingin aku nak mengorat perempuan macam tu. Dah la aku angin satu badan, nak parking kereta pun bukan main susah. Sepatutnya tempat parking kereta dekat pejabat pos tu adalah untuk pelawat yang ingin berurusan dengan pejabat pos bukannya untuk staff pejabat pos parking kereta!. Tak ke bodoh tu sistem diorang. Staff pejabat pos tu sepatutnya pergi kerja jalan kaki jerr..

Tujuan sebenar aku pergi pejabat pos sebab nak hidupkan roadtax kereta aku yang akan tamat pada 26/11/2009. Nak pergi hidupkan dekat JPJ, jauh sangat. Mau habis minyak kereta dekat RM 30.00. Jadi aku pergi je lah dekat pejabat pos memandangkan pejabat pos yang paling dekat dengan rumah. Sebenarnya aku tak pernah hidupkan insuran di pejabat pos, kalau roadtax tu pernah lah. Ayah aku cakap boleh hidupkan insuran di pejabat pos, jadi aku pun nak cubalah. Aku pun ambillah nombor giliran, orang tak ramai masa tu. Aku tekan je butang B (PELBAGAI), terus naik nombor aku. Aku pun pergilah dekat kaunter, ada seorang kerani perempuan. Aku pun cakaplah dekat dia, saya ni nak hidupkan roadtax dan insuran. Lepas tu aku bagi geran dengan salinan insuran dekat dia. Lama juga dia dok tengok geran tu, aku pun pelik. Dia ni tak pernah tengok geran kereta ker. Lepas tu dia cakap kat aku, encik kena hidupkan insuran dulu baru boleh hidupkan roadtax. Meresap kepala otak aku, memang la aku nak hidupkan insuran. Pekak ke apa ntah dia ni, tadi aku dah cakap dekat dia. Sikit-sikit asyik dok repair tudung dia tu. Menyampah betul aku..

Lepas tu aku cakap sekali lagi, mungkin aku cakap tadi dia tak dengar kot. Lepas tu dia dok tengok salinan insuran tu pulak. Yang paling aku geram dan marah sekali, dia minta aku salinan insuran lagi satu. Salinan insuran apa lagi, yang aku bagi tu bukan salinan insuran ka?. Aku pun dah bahasakan aku hang dah dengan kerani tu. Dia cakap kalau salinan ni saja tak boleh hidupkan insuran. Aku dah geram giler dah, terus aku maki dia. Kenapa plak tak boleh nak hidupkan insuran?. Mana hang belajar?. Hang keja pejabat pos ke hang keja insuran?. Dah berapa lama hang keja kat sini?. Hang bagitahu aku sebab apa tak boleh nak hidupkan insuran?. Semua orang dekat situ tengok aku, aku peduli apa. Dah la nak parking pun susah, nak hidupkan insuran pun susah jugak ka. Lepas tu dia pun macam nak lawan aku balik, bertengkar kejap kami kat situ. Dia cakap tak boleh nak hidupkan insuran sebab tak ada no enjin kereta la, no chasis kereta la dan macam-macam lagi la.. Aku cakap balik kat dia, awat hang ni bodoh sangat!. Terus keluar bahasa utara.. hahaha Cuba hang tengok dalam geran tu, aku bawa mai geran original tau!. Bukan geran salinan. Hang tolong baca dekat aku jap dekat geran tu dia ada tulis apa?. Lepas tu dia pun dok belek la geran aku tu. Aku pun cakap dekat dia lagi, hang nak tau, dekat geran tu mak dengan pak hang je yang tak dak tau!. Hang tak yah dok buat loglaq kat sini, ni bukan kali pertama aku hidupkan insuran dengan roadtax kereta. Dah bertahun-tahun aku hidupkan insuran dengan roadtax, tapi tak pernah lagi aku jumpa seorang yang bodoh dan sombong macam hang!. Hang tak payah dok perasan lawa, aku mai nak hidupkan insuran dengan roadtax, bukan aku mai nak mengorat hang!. Setakat macam hang ni, bersepah aku boleh jumpa dekat kelab malam!. Terus dia pandang aku, tapi dalam renungan yang agak sedih. Aku peduli apa, dah memang betul. Lain kali kalau tak tahu tanya, jangan nak sombong!.

Lepas tu datang pegawai dia kot, perempuan jugak!. Sunyi je dalam pejabat pos tu, semua orang tengok kaunter yang hangat lagi sensasi ni. Lepas tu entah apa perempuan tu dok cakap dengan pegawai dia tu. Kemudian, pegawai tu pun minta maaf dekat aku. Dia cakap ini memang salah kerani tu, semua butir-butir yang dikehendaki ada dalam geran. Yang penting geran tu original. Aku pandang perempuan bodoh tu, dia pun pandang aku balik. Aku cakap kat dia, lain kali kalau dah tahu bodoh jangan sombong!. Memang aku sengaja kuatkan suara. Semua orang pandang kat aku. Aku peduli apa, memang aku geram giler!. Nasib baik dia perempuan, aku hormat dia sebagai seorang perempuan. Kalau lelaki, aku rasa mau bertumbuk dekat situ. Aku terus ambil geran dengan salinan insuran dari tangan kerani bangang tu. Aku pun terus keluar dari pejabat pos tu. Lagi lama aku dok dekat situ, lagi sakit kepala aku.. Tambah-tambah lagi dok pandang perempuan yang tak puas di ranjang tu!.

Aku pun minta tolong ayah aku hidupkan insuran, sebab pejabat pos di Perlis tak sebodoh di sini. Walaupun Perlis tak sehebat seperti sini, tapi  Perlis kaya dengan budi pekerti dan adab kesopanan. Akhirnya insuran aku dah berjaya dihidupkan tanpa sebarang masalah seperti di sini, esok lah kot aku nak pergi hidupkan roadtax plak.

39 Pendapat untuk “Kerani Yang Bodoh!!”

  • kuinaNo Gravatar berkata:

    salam…
    lama tak singgah sini

    coollllllllllllll ya…
    kangar memang payah nak parking , kena tawaf 10 kali baru dapat.

    • kamezaimNo Gravatar berkata:

      Wslam Kuina..
      Lama menghilang, bertapa kat mana? hehe

      Uih,silap informasi ni kuina.. Bukan kangar yg susah nak parking, dekat sini yg susah. Kangar boleh parking atas the store tu je.. haha Silap baca tu.. hehe

  • mimieNo Gravatar berkata:

    whoohoo..terbaek dari kamezaim..izinkan saye mencarut sedikit di sini.the stupid es hol woman deserve more than that.awk patut lempang dia laju2 pakai siku..dah bodoh lepas tu nak sombong tak bertempat.

    aihh..saye pulak yang emo..biasa laa..dah slalu emo kt blog.hahaha

    • kamezaimNo Gravatar berkata:

      Whoohoo awk ni mimie lagi ganas dari perempuan tu.. haha memang nak lempang laju2,, tapi tak boleh sebab terhalang oleh cermin.. hahaha nak tanya ni, lempang pakai siku tu mcm mana? tak pernah tngok lagi.. kuikui

  • nazraNo Gravatar berkata:

    ni kalau kat dalam iklan, staff kerajaan ramah mesra lah sangat. sedia membantu. haish….

    lg 1 pompuan ni, bila deal ngn sejantina, perangai kerek lah sgt. bila antaq jantan, boleh plak kasi layan mesra baik punya.
    haish….

    • kamezaimNo Gravatar berkata:

      Betul tu Nazra, iklan bukan main. Pijak semut pun tak mati.. hehe

      Uih, ayat dekat perenggan 2 tu tak faham lerr.. Perli ke ape tu.. haish..

  • IzaNo Gravatar berkata:

    Salam ziarah….
    amboi hang…..naik angin gila no….kerani tu tengah period kot.tak pn dia bergaduh dgn pakwe dia kelmarin. Kerani kat mana tu? Kerani2 ni mmg mcm tu, dah bosan kerja kot. Mama aku dulu pernah jgk kena tengking dgn kerani BSN sbb nk keluarkan duit. Ya la,org tua2, mana tau nk tekan2 kat ATM tu. Aku pn pernah jgk kena dgn kerani bank gara2 x ada kad ATM. Kalau ada kad ATM, dh lama duit aku licin…..

    • kamezaimNo Gravatar berkata:

      Wasalam…
      Uih, lama cek tak dengaq loghat utara ni. haha Baguih, laki sihat ka? haha jatuh saham.. kuikui Kerani tu memang, yang lelaki bagus. Yang perempuan tu, sikit2 nak perbetul tudung.. sikit2 nak tngok cermin.. hehe bukan nya period dah tu, semalam tak puas dengan laki dia kottt… kah..kah..kah..

  • IzaNo Gravatar berkata:

    Laki ku biasa la…kdg2 ada time sihat, sihat la.Kalau tak sihat, dia dok senyap2, xnk diganggu. Tau kn dia kurang sihat berbanding dulu…..

  • ZayaniNo Gravatar berkata:

    w0hooo..ayt..
    “perempuan yang tak puas di ranjang tu!”
    mcm best je dgr..haha

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    uithh.. tak habih lagi ka hangin 1 badan nih.. huhu.. banyak2 la bersabaq cheq no..

    • kamezaimNo Gravatar berkata:

      uih, lupa ada lagi seorang org utara.. kah..kah.. ingat nak buat blog khas untuk org utara ar.. kuikui kelab cek abaq mai cek abaq pi.. hahaha

  • ZayaniNo Gravatar berkata:

    er..knape plak??
    mne tau ni??

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    hehe.. satu cadangan yg baguih tu.. :d.. habaq mai kat cek.. habaq pi la kat hang.. ahakz

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    syoq tengok cek ka? iskh3.. syoq tang mana tu.. hehe

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    hihi.. kalau tersyoq lebih.. kang xleh cek nak tidoq pulak.. pasan lebih la tu.. ahakz

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    adeh.. terkena lagi nih..

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    si kamezaim pun ari2 pun duk tergena gak ngn si su nih… kui3.. ingat ka dah terjun tingkap dah malam tu…. hidup lagi upenye die..eh.. sarang tebuan ada nisan jugak ka? kui3 setahu cek la.. nisan ada kat madu lebah jek.. huhu.. kot tebuan aman sekarang ada nisan.. hi2

    • kamezaimNo Gravatar berkata:

      Uih, terharunya.. rupanya masih ada lagi yg sayang pada diri ini.. kah..kah..kah.. awat cheq tak tau ka yang sarang tebuan tu ada nisan? uih, cheq ni rugi la sebab tak pernah rasa lagi nisan tebuan cam na.. p balik cari tengok kat pekan rabu tu kuit-kuit ada juai ka. Jangan dok asyik cari barang make up ja.. kah..kah..kah..

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    uithh.. owh… mmg la.. ada lagi org syg kat si kamezaim ni.. si zayani leh jd teman setia tuh..dia kan sayang sangat kat si kamezaim nih.. kui3.. cek nak syg kat si kamezaim xleh.. nanti.. ada org marah..nisan tebuan alaf baru ciptaan kamezaim ka.. hik2.. mai la pos kat cek kai sni.. malas nak p cari kat pekan rabu dah.. bukannya dekat..

  • sueNo Gravatar berkata:

    barang² make up tak main la.. i suka wajah yg natural.. yang hanya menampakkan keaslian wajah di paras rupanya.. mengapa medambakan barang make up yang mahal.. sedangkankan kulit yang natural itu lebih terserlah keindahannya..

  • idalaraNo Gravatar berkata:

    eluk2 nk komen td dah terlupa lak sbb tguk ada org utara dok cerita kat sini..so org selatan jd pemerhati je lah..pulak tu ada yg bersyg2 yg tak tahan ni..:)

    apa2pun kualiti keja staf2 kerajaan ni kdg2 mng buat kita hangin satu badan…apa yg mesra apa yg bagus ntahlah..kamezaim lain kali nk hidupkan insuran mai lah kat tempat idalara…nak bayar berkali2 pun boleh..sbb idalara boleh uruskan…:)

    p/s patutlah dah lupa kat idalara sbb dah ada sape tu..zayani?heheheh.

  • zarylNo Gravatar berkata:

    huhu. kena letak YM la kat sini. komen pn dh mcm tmpat chatting.. wakakaka

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 19Pelawat Hari Ini:
  • 52Pelawat Semalam:
  • 338Pelawat Minggu Lepas:
  • 37641Jumlah Pelawat:
  • 0Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net