Alahai Gadis Melayu..

121

(Sekadar Gambar Hiasan)

Assalamualaikum..

Cantik tak awek di atas tu? hehe Gambar tersebut hanyalah sekadar gambar hiasan. Hari ni kamezaim ada terbaca satu artikel dalam Harian Metro bertajuk “Telahan Ayah Benar“. Berita itu mengisahkan tentang seorang gadis yang pernah menjadi pelakon sambilan dalam beberapa drama di Malaysia dan telah melarikan diri mengikut teman lelaki ke Lombok Tengah, Indonesia. Apa yang kamezaim hairankan di sini adalah, apa yang hebat sangat ye mat indon tu?. Di Malaysia ni tak ada ke  yang sesuai?. Tak terfikirkah mereka akan akibat dan kesan dalam masa jangka yang panjang nanti?.

Mat Malaysia banyak lagi, kenapalah mat indon juga yang berkenan di hati. Bila mak ayah tegur, melawan. Kata mak ayah ni tak sporting lerr, kolot lerr. Bila mak ayah marah sikit, lari dari rumah. Ikut teman lelaki balik indon. Lepas tu bila dah sengsara di sana, barulah nak ingat dekat mak dengan ayah di Malaysia ni. Mulalah nak menangis minta pergi ambil bawa balik. Masa lari tu tak pula fikir semua tu.. Dekat bawah ni ada artikel berita penuh mengenai kes ni. Jom kita baca dan fahami..

KUALA LUMPUR: “Hafiz berambut kuning, bercakap loghat Kedah serta Thailand dan mengaku ayahnya berasal dari Johor manakala ibu dari Thailand. Apabila saya minta dia tunjukkan kad pengenalan, dia membuat alasan disimpan polis kerana pernah terbabit dalam satu kes jenayah,” kata Yunan Mat Ayat, semalam.

Yunan, pesara tentera berusia 73 tahun adalah bapa kepada remaja berumur 15 tahun, Salsabila, yang kini berada di Kampung Bara Bali, Lombok Tengah, Indonesia kerana lari mengikut Hafiz.

Salsabila yang pernah berlakon sebagai watak sambilan dalam beberapa drama popular tanah air berada di Lombok sejak tiga bulan lalu.

“Hafiz pernah dua kali datang ke rumah saya dan kali pertama melihatnya, saya membuat tanggapan dia seorang lelaki yang tidak berakhlak baik,” katanya.

Yunan berkata, telahannya benar apabila Salsabila menelefon dan memaklumkan dia ada di Lombok kerana mengikut lelaki terbabit.

Dia kemudian pergi ke Batu Bara, Indonesia, selama 20 hari kerana mendapat maklumat Salsabila berada di lokasi berhampiran tetapi usaha mengesan anak kesayangannya itu gagal.

Sejak lari ke sana, Salsabila ada menghubungi Yunan yang menghidap penyakit jantung itu tiga kali dan meluahkan dia kini hidup dalam keadaan sukar.

“Saya sudah tua dan harap ada yang sanggup menghulurkan bantuan membawa kembali Salsabila ke pangkuan saya. Saya juga berharap lelaki terbabit dikenakan hukuman setimpal kerana melarikan remaja bawah umur selain disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia.

“Saya sudi menerima bantuan sesiapa saja. Saya tidak mahu masa muda Salsabila dihabiskan dengan perkara tidak memberi faedah kepada masa depannya,” katanya mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam.

Sementara itu, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Kijang Care, Aniss Sofian Amran, memaklumkan pihaknya tiada masalah untuk berusaha membawa kembali Salsabila ke Malaysia jika mendapat permintaan daripada keluarganya.

“Kami akan bantu sedaya upaya seperti yang kami lakukan sebelum ini. Bagaimanapun, setakat semalam, kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada keluarga mangsa.

“Walaupun tiada permohonan lagi, kami akan buat kajian berkaitan kes ini dulu, selepas itu barulah kita mulakan tindakan,” katanya.

Mengulas kes berkenaan, Pengarah Lembaga Pengkajian Masalah Sosial Pekerja Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap, berkata kebiasaannya kes remaja perempuan tempatan lari mengikut teman lelaki warga Indonesia berpunca daripada cinta buta atau mabuk asmara hingga tidak sedar mana betul dan yang mana salah.

“Semuanya indah ketika mula bercinta hingga sanggup lari mengikut teman lelaki ke kampung halamannya. Apabila sudah ada di sana dan mula dengan kehidupan baru yang agak mencabar maka ketika itulah datang penyesalan.

“Akibatnya, ramai yang mahu kembali ke Malaysia tetapi bukan mudah melakukannya. Kerana itu, saya nasihatkan kepada remaja yang hampir jatuh cinta dengan lelaki asing, siasat dulu latar belakang, apa pekerjaannya, kata-katanya dan pelbagai lagi untuk mengelakkan berlaku perkara tidak diingini pada masa depan,” katanya.

Khairuddin turut mengatakan tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku kerana cinta tidak mengenal sempadan, malah banyak pasangan berkahwin sudah membuktikannya.

Cuma, dalam hal ini, perkara yang sepatutnya menjadi baik bertukar sebaliknya akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu dalam mengambil keputusan sehingga merosakkan masa depan pihak lain.

“Dalam hal ini, jika ada pihak mahu mendapatkan pertolongan saya untuk membawa kembali Salsabila ke negara ini, saya sanggup lakukannya. Dalam masa sama, keadaan yang keruh juga perlu dijernihkan untuk menjaga hubungan banyak pihak,” katanya yang turut mencadangkan supaya ditubuhkan atase agama di Kedutaan Indonesia untuk menguruskan hal agama seperti nikah cerai dan sebagainya.

Ini kerana, banyak kes membabitkan wanita atau lelaki yang sudah berkeluarga di Indonesia berkahwin lain di Malaysia menyebabkan timbul ketegangan dalam isu persekolahan anak dan lain-lain.

Ia juga penyebab timbulnya masalah sosial di kalangan pekerja warga Indonesia di negara ini.

wd

11 Pendapat untuk “Alahai Gadis Melayu..”

  • ZayaniNo Gravatar berkata:

    urm..sriously mamat Indon bnyak yg nsem² dan cute² blaka..haha

  • idalaraNo Gravatar berkata:

    ntah lah hai..dah kekurangan mat2 melayu ke kat sini?kamezaim tu terang lagi bersuluh bujang terangtang2..pe le di kejorkan sgt mat indon tu..

  • Ai AdachiNo Gravatar berkata:

    rindu pakwe saya

    rindu
    rindu
    rindu

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    nak komen ke xnak komen nih.. komen jugalah.. hehe.. saje nk nyibuk kt cni.. boring le.. ai adachi nih.. kamezaim gak ke.. pesal kuar url blog kamezaim kt nama die.. npe la awek2 m’sia ade yg suka sgt la kat mamat indon tuh.. bukan indon jek.. bangla2 pun tertawan gak.. huhu,ape la yg berkenan sgt kat warga asing. byk lagi jantan yg sejati, genteng 2 kt m’sia nih.. huhu.. si kamezaim pun genteng pe.. ahakz :P

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    uiuthh.. si sue ni berkenan la juga kt si kamezaim nihh.. tp berkenan kt blog die jek.. hehe.. jgn marah.. jumpe pun lum pernah, cmne la tau dia genteng ke tidak.. tp rasenye boleh tahan la kot.. genteng kot.. leh la nk msk meminang .. huhu, bkn tuk su.. tuk adik su ke.. hehe

  • sueellaNo Gravatar berkata:

    adik yg mne 1.. ade 4 org adik perempuan.. nak no fon ke..mintak lak sendiri.. ahakz :P

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 44Pelawat Hari Ini:
  • 52Pelawat Semalam:
  • 362Pelawat Minggu Lepas:
  • 37614Jumlah Pelawat:
  • 2Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net