Filem 2012 (End Of The World)

Aduh, letihnyerr.. Baru sampai rumah. Tadi kamezaim pergi tengok wayang, filem 2012. Ramai giler dekat pawagam tu. 30 minit awal kamezaim tunggu dekat pintu masuk tu, tak sabar nak tengok. Mula-mula ada la dalam 3 atau 4 orang jer, sekali kamezaim pandang belakang.. Mak aii.. dah penuh dah orang dekat belakang.. hehe Kamezaim buat entry ni pun bukan sebab nak bagitahu yang kamezaim tengok wayang tapi kamezaim cuma nak bagitahu penilaian peribadi kamezaim tentang cerita tu..
Serius kamezaim cakap, permulaan dan pertengahan cerita tu memang best. Cukup menyayat hati bila melihat seorang demi seorang tenggelam dalam arus lautan yang amat dasyat. Anak-anak kecil dan sesiapa saja jatuh ke dalam bumi apabila bumi terbelah dua. Suasana dalam pawagam masa tu sunyi seribu bahasa, kamezaim dapat lihat ramai yang menangis termasuklah orang yang duduk di sebelah.. hehe Dari segi lakonan memang mantap. Dari segi grafik pun memang bagus. Boleh dikatakan dari permulaan sampai lah pertengahan memang best lah..
Ada juga unsur-unsur komedi dalam cerita tersebut yang membuatkan ramai yang ketawa.. hehe Antaranya masa nenek dari China tu nak potong kepala ayam tu. Tapi bagi kamezaim, penghujungnya cerita ini langsung tidak menarik dan langsung tak masuk akal. Cerita ini mengisahkan tentang hari kiamat menurut firasat kaum Mayan. Istilah kiamat adalah lenyaplah segala-galanya di dunia ini. Tapi penghujung cerita ini, ada di antara manusia yang selamat kerana menaiki bahtera (Kapal Besar) merentasi lautan yang sedang bergelora itu. Selepas itu air laut yang penuh di daratan turun semula ke laut dan menjadi seperti biasa, adakah itu di namakan kiamat?. Dalam istilah orang putih, End Of The World.. Adakah itu yang di katakan End Of The World?. Yang kelakar tu, selepas kiamat tu kalendar jadi 0001. hahaha Konon-kononya mulalah dunia yang baru berlandaskan dunia yang lama. Masuk akal ke?. Kalau filem ni bertemakan tsunami, mungkin masuk akal. Tapi filem ni bertemakan kiamat. Mengisahkan tentang pengakhiran zaman. Akhirkah zaman kalau macam tu?. Kalau macam tu, orang putih kena siap-siap lah buat bahtera tu. Letak dekat rumah sorang satu, nanti kiamat datang je terus naik bahtera tu.. hahaha Jangan lupa buat kalendar siap-siap, 01/01/0001.. Kah.. Kah..
Ini penilaian peribadi kamezaim sendiri, manalah tahu kalau-kalau ada orang lain yang dah tengok dan menyangkal apa yang kamezaim katakan ni. Lain orang lain penilaian dia.. Apapun, tak rugi tengok filem ni dan tak juga untung rasanya.. Serius kamezaim cakap, permulaan dan pertengahan cerita ni memang dikategorikan yang terbaik tapi di pengakhirannya kurang sikit.. Kepada yang belum tengok dan berhajat untuk tengok, silalah. Jangan lupa bawa tisu bersama.. hehe
depa lum khatam baca info pasai kiamat.. kah.. kah.. kah.. hurmm ape moral of storynyer citer tu.. mungkin menginsafkan kita jugak kan.. walaupun endingnye tah ape²
Tu la pasai kot.. haha Bukan setakat mengingsafkan saja malah terdetik di fikiran betapa dasyatnya kemusnahan demi kemusnahan sedangkan itu dilakukan oleh manusia, belum lagi yang Allah lakukan.. Terasa insaf menyelubungi diri.. hehe
baguith la tu.. jangan hanya berbicara di bibir sahaja.. sedangkan di hati masih bersisa tidak tertahan dengan panahan bisikan nafsu yang tidak terkawal.. pesanan buatku yg sering lupa!! juga.. hehe.. tetiba pula rasa semakin hari semakin hampir pada hari PeNeNTuNYA.. sedangkan amalan sebagai persiapan yang dilakukan terasa masih terlalu sedikit disiapkan..
Uih, panas telinga cheq dengaq.. Dah tahu amalan tak cukup, tunggu apa lagi.. p la tambah.. kuikuikui
Salam ziarah.
Macam best je cerita tu ek, tapi aku teringatkn kata2 ustaz aku dulu,
“pi tgk wayang umpama menempah tiket ke neraka”
So, nampak gayanya seumur hidup aku, aku tak tau la macam mana rupa dalam panggung wayang tu.
tunggu keluar VCD je la….
Uih, ye ke? ustazah dkt sekolah tu tak ckp pun mcm tu.. hehe mesti ustazah tu dulu pun hantu wayang kott..
kamezaim ni tguk wayang tk ajak idalara pun..idalara ni dah lah tgh bersedih..ingatkan mlm2 jumaat ni kamezaim g masjid baca yasin ke rupanya g tguk kiamat yg di tipu hidup1 dek mat saleh tu..hehehe..sori kame..serius ni idalara tgh ada big prblm..pening sgt..
Uih, ingatkan idalara tak minat tngok wayang2 nih.. hehe ok2,lain kali kita p tngok berdua plak yerr.. haha big problem apa idalara?
saye pun berpendapat mcm tu.pada awl cerita, ok sangat.smpai ending i said wht the ..? ada dunia baru selepas kiamat pulak.tak paham la ngan pemahaman org barat ni..
dah tngok ke mimie? hehe
tkpe lah kame..kang marah lak sayang kamezaim..mana boleh g tguk wyg dgn idalara..idalar tguk dgn anak2 je..
hmmm..tentu kamezaim boleh agak..penah cerita hal ni dulu..
uih,sape “syg” kamezaim tu? ngeee idalara,bgtahulah apa? klu tak nak bgtahu dkt sini, sms kamezaim.. jgn di simpan, takut nanti membebankan lagi diri tu..
huh! usahkata nk pi tguk wayang dgn kame..nk jumpe pun berjanggut idalara tggu..nsb baik tk tumbuh janggut betul2 hehehehe
tidak dapat ku bayangkan bagaimana agaknya klu si idalara tumbuh jangguttt…. hahahahaha
saya tengok hari first citer tu kuar lagi.seminggu citer tu nak kuar saya dah plan ngan kawan nak tgk..hehehe..tp sape tau terkeciwa sikit..hehe
plan dgn kawan ke dgn boprenn.. haha tu lah, intro bkn main ganas, mai dkt hujung hampeh jerr.. ramai yg blah awai..
ni ke cerita macam hari kiamat tu??
Ye la, belum tngok lagi ker? hehe
bukan berkisar kepada kiamat tapi lebih kepada bencana alam…
betul tu lady D.. uih, sejak bila lady D jadi ID ni.. haha