Security Club..
Assalamualaikum..
Kamezaim nak perkenalkan satu lagi blog yang mengisahkan tentang perjalanan suka-duka kehidupan seorang yang bergelar security club. Admin blog tersebut dikenali sebagai Zack, iaitu salah seorang dari security club juga. Security club lebih dikenali dengan nama Bouncer. Namun, bila disebut dengan perkataan Bouncer, ramai yang memandang serong. Sebut saja Bouncer, ramai yang kata kaki pukul lah, gangsterlah, terjebak dengan minuman keraslah dan bermacam-macam lagi. Bak kata Zack, selagi anda tidak bergelar Bouncer, selagi itulah anda tidak tahu apa-apa tentang Bouncer.
Seperti kata Zack, security club jauh bezanya dengan security hotel mahupun security KLCC. Jika anda mampu untuk jadi seorang security KLCC namun tidak bererti anda mampu untuk jadi seorang security club. Jika anda rasa anda hebat di luar, jika anda rasa andalah yang paling kuat di luar, sertailah security club. Disitu baru anda tahu anda kuat ataupun anda adalah insan yang paling lemah sekali. Sebab itu ramai diantara security-security club terdiri daripada bekas anggota polis, bekas komando dan sebagainya. Setakat ini masih belum ada lagi bekas jurusolek yang menjadi security club. hehe Kenapa?. Kerana di club lah tempat bertemunya bapak-bapak segala gangster yang ada. Bak kata Zack, bapak syaitan dah datang.. hehe Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Security Club ini, anda boleh lah klik di sini >> SecurityClub <<.


