“Try Again” Sampai Tua…

1

Aku berada di tahap tertekan yang teramat sangat sekarang ni. Lepas 1 masalah, 1 masalah lagi yang datang. Masalah yang lama belum lagi selesai, datang lagi masalah yang baru. Dah nama pun kehidupan, memang lerr macam tu kan.. ngee.. Apapun, aku harap aku kan tabah menghadapi semua ini. Walaupun aku tahu sudah banyak waktu yang ditinggalkan, namun apakan daya, nasib masih belum menyebelahi diri ini. Walau sudah pelbagai usaha dilakukan, namun rezeki masih belum ada.

Kali ni aku nak minta tolong kawan-kawan ku sekalian yang baik hati lagi jual mahal.. ekekeke  Kamezaim dah puas untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perkataan di atas tu. Tapi tak juga berjaya untuk memahaminya. Memandangkan kamezaim tidaklah profesional di dalam bahasa inggeris. Kepada kawan-kawan sekalian yang tahu maksudnya dan tahu cara penyelesaiannya, silalah bagitahu kamezaim. Tertekan sangat setiap kali buka je “admin” site ni mesti keluar benda masalah tu. Sampai nak buat apa pun tak boleh..

Kamezaim nak buat entry ni pun rasa-rasanya dekat 50 kali klik perkataan “Try Again” tu baru boleh. Sampai bila nak dok klik sampai 50 kali.. Mati lerr jawabnyerr.. Kamezaim tahu, ini bukan domain atau hosting yang bermasalah, yang bermasalah adalah API tu. Uih, nak kena panggil pakcik bomba kerr.. hehe Wahai datuk, datin, makcik, pakcik, maksu, paksu, makjang, pakjang, puan, tuan, cik, encik dan sebagainya… Bantulah hamba.. Arghhhhh!!

Semalam terlalu geram dekat blog ni sebab masalah tu, komputer ni yang jadi mangsa.. hehe Mangsa main game.. Geram dan menyampah dengan benda tu, terus main game tembak-tembak.. hahaha Lama tak main game tembak-tembak.. kuikuikui Dah jemu main game tembak-tembak, main game bela kambing plak. Habis dengar satu rumah kambing dok mengembekkk… mbekkk.. hahaha Geram dan tensen punya pasal.. hehe

12 Pendapat untuk ““Try Again” Sampai Tua…”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Statistik Pelawat :
  • 51929Jumlah Pelawat:
  • 63Pelawat Hari Ini:
  • 115Pelawat Semalam:
  • 710Pelawat Minggu Lepas:
  • 0Pelawat Online:
Pelawat Setia :

Ingin Mengikuti Perkembangan Semasa Blog Ini, Sila Tuliskan Alamat E-Mail Anda Disini :

Kategori :
Powered by  MyPagerank.Net
Sila Klik Iklan Di Bawah :