Ibu Tahu Zaril Gay.. (Oh.. Tidak!!)
Tidak menolak untuk mengahwini perempuan jika sudah ditakdirkan.

MANIS alam percintaan. Zaril (kanan) bersama bekas insan yang pernah bertakhta di hatinya.
‘MENYESAL? Tidaklah. Malah saya gembira kerana orang di sekeliling sentiasa membantu dan menyokong saya.” Itu dialog ‘berani mati’ seorang pemuda mengenai kehidupan ‘bahagia’nya yang menjalinkan hubungan cinta sesama lelaki. Kedengaran seperti dia menghalalkan hubungan sejenis yang terang-terangan melanggar hukum alam dan agama itu. Menurut pemuda berusia 25 tahun yang hanya ingin dikenali dengan nama Zaril (bukan nama sebenar), perilaku golongan homoseksual memang sering dipandang serong oleh masyarakat.
Namun, Zaril menegaskan, dia sudah malas untuk ambil peduli. “Pada saya, setiap kali orang mengajukan soalan mengenai kecenderungan seks, saya akan bertanya semula pada orang itu, ‘Adakah anda memilih untuk jadi normal? Itu sahaja yang anda perlu tahu, semudah itu’,” tuturnya yang mula menyedari tentang kecenderungan homoseksualnya pada usia 12 tahun lagi.
Berhijrah ke negara lain
Tambahnya, manusia sendiri tidak pernah memilih untuk menjadi tinggi atau rendah, mempunyai mata coklat atau biru, begitu juga heteroseksual mahupun homoseksual.
“Kami tidak memilih untuk hidup sebegini pada awalnya. Tidakkah anda fikir adalah lebih mudah jika semua lelaki adalah lurus? Kami tak perlu nak menipu, berselindung ataupun berpura-pura semata-mata untuk menghindar pandangan jelek daripada semua orang. “Sememangnya ia sesuatu yang sangat pelik dan menjengkelkan, tapi adakah semuanya akan berakhir dengan baik jika kami yang ‘tidak lurus’ ini berpura-pura jadi lelaki yang suci dan berkahwin dengan perempuan yang baik? Semestinya tidak, bukan?” soalnya.
Ketika diajukan pertanyaan tentang aktiviti sosial sesama mereka, dia mengatakan mereka juga seperti orang lain yang sering menghabiskan masa melepak di pusat beli-belah, kelab malam dan juga kafe terkenal. “Malah kami turut bersukan. Selalunya kami bermain futsal dan menghabiskan masa di situ. “Tapi itu juga terpulang pada diri masing-masing. Macam saya, saya lebih suka membeli-belah dan lepak di kopitiam kerana kurang mendedahkan diri pada kumpulan gay yang lain,” ujarnya.
Disebabkan kekangan agama dan budaya, Malaysia menurut Zaril, tidak seperti sesetengah negara lain yang menerima golongan gay secara terbuka. Namun, golongan gay Melayu pastinya mempunyai alternatif sendiri untuk terus mengembangkan hubungan tanpa sempadan. “Saya selalu terfikir untuk berhijrah ke negara lain seperti Thailand atau Amerika Syarikat. Tapi pengalaman masa silam banyak mengajar saya.
“Pada saya, ke mana sahaja kami pergi, golongan seperti kami ini pasti tidak akan disenangi kerana kecenderungan terhadap kaum sejenis. “Justeru bagi saya, melarikan diri bukan penyelesaian terbaik. Sememangnya berkahwin adalah impian kami. “Tapi kami juga tidak menolak untuk mempunyai isteri sebagai teman hidup jika hati kami dibukakan suatu hari nanti. Tapi sekali lagi ia terpulang pada diri masing-masing,” ungkapnya.
Setia pada pasangan
Ada yang mengatakan pasangan homoseksual lebih penyayang dan mengambil berat tentang diri masing-masing berbanding pasangan biasa. Tidak kurang juga yang mengatakan pasangan itu turut gemar bertukar-tukar pasangan. Bagi Zaril, dia merupakan seorang yang setia pada pasangannya dan menurutnya, pendapat yang mengatakan pasangan gay lebih bersikap penyayang mungkin ada benar dan mungkin ada silapnya. “Saya tak suka bertukar-tukar pasangan. Siapa suka? Berbalik pada isu yang sama, kami juga seperti pasangan normal yang lain. Sesetengahnya mungkin sangat penyayang. Sesetengahnya pula adalah tipikal. “Bezanya cuma kami bercinta dengan lelaki. Itu sahaja,” tuturnya yang pernah menjalin hubungan dengan seorang jejaka dari Sarawak.
Hubungan tersebut bagaimanapun hanya mampu bertahan selama setahun kerana wujudnya orang ketiga. Justeru kini, setelah kecewa dengan hubungan tersebut, Zaril mengambil keputusan untuk menyendiri. “Buat masa ini, saya ambil keputusan untuk tidak bersama sesiapa dan ingin menumpukan perhatian terhadap pelajaran saya sahaja,” luahnya.
Pernah ditunangkan
Zaril dalam pada itu mengandaikan ibu bapanya turut mengetahui tentang gejala yang dihadapinya itu. Namun, dia sendiri tidak pernah berterus terang dengan mereka kerana bimbang respons yang bakal diterima daripada mereka nanti. “Saya rasa ibu bapa saya tahu tentang semua ini. Tapi mereka diamkan sahaja. Harapan saya agar mereka dapat menerima diri saya seadanya dan memahami situasi saya ini,” ucapnya.
Tanpa berselindung, Zaril turut mengakui dia pernah ditunangkan dengan seorang gadis pada usia 21 tahun kerana mengikut kehendak ibu bapanya. “Namun, pertunangan yang hanya bertahan selama enam bulan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya.

Mengakui pernah menjalinkan hubungan normal dengan seorang gadis, namun kata Zaril, hubungan tersebut telah putus di tengah jalan. “Tentang gadis itu, saya tak nak komen banyak. Mungkin setelah mencuba akhirnya saya dapati diri saya lebih menjurus untuk bersama kaum sejenis saya.
“Lagipun pada masa itu, tujuan saya ada teman wanita hanya untuk cover line yang saya ini gay depan rakan sekuliah. Sebenarnya saya memang langsung tak ada perasaan (cinta) dengan dia,” ujar pelajar jurusan undang-undang itu.
“Jujur, golongan seperti kami juga tak pernah terfikir untuk berubah. Sebab bagi kami, jika suatu hari nanti dengan izin Tuhan kami boleh berubah, kami terima. “Kami sendiri pun tak tahu sampai bila kami akan jadi gay. Mungkin sampai kami dah tak minat pada lelaki,” akhirinya.
Sumber Artikel : Kosmo
Oh tidak!!, apa sudah jadi. Kenapalah nama Zaril juga yang dipilih sebagai bukan nama sebenar. Ish, tak ada nama lain kerr… Errr… Cari lerr nama lain, Abu ke, Usop ke, Pian ke, ish.. ish.. hehe
Wahai si Zaril (Bukan Nama Sebenar), apalah yang best sangat tu yer jadi Gay?. Aku tengok kau, kau tengok aku. Eh..Eh.. samalah.. hehe Buat apalah nak jadi gay, tak da yang istimewanya. Apa yang ada dekat dia, kamu pun ada. Serupa jer, lainlah kalau dia renovate lain.. ekekeke Itupun tak best sebab tak asli, sebab tu ramai iklan dalam tv, pastikan yang original.. hahaha Asalkan kau bahagia dah lerr.. Esok lusa insaf lah tu jang oii..
hmm..semoga Allah bukakan hati dia untuk berubah.tp apepun,sume tu terpulang kepada individu tu sendiri.dia yang pilih.sy rase dia boleh avoid perkara ni kalo nafsu tak menguasai akal dia..
Itulah pasal,apa yg best nye ye? hehe Tapi yg paling menyayat hati, knplah nama tu juga yg dipilihnye.. arghh!!
ntah la kat mane yang best nye.hahahaha…kenapa nama zaril? saper zaril?
Kenapa nama zaril? uih,soalan yg dinanti2 tu.. kuikuikui
huhuhu..pat la bitaw…teruja banget nih..(aihh..sy plak ckp indon)
Hahahaha jgn nak cakap indon plak, nanti timbul lagi satu kontroveri yg baru.. hehe nak tahu ke? suruh si sue atau zayani bgtahu.. kuikui
ades..dorang takde komen kat lagi ni.tuan punye blog la bgtau..
errr..wait..nama awk ni ape eh?
aduss.. hehe nama tuan blog ni ‘kamezaim’.. hehe
P/s : Bahaya ni, ada org cuba jadi wartawan tdk rasmi di sini.. hehe
hehehe..siasatan tak berjaya..
ok2..let me guess..
zaril tu penkomen “indoensia” tu kan?
Hahaha awk ni kelakar lah mimie.. hehe itu zaryl bukan zaril.. ejaan tak sama tu.. hehe
pengomen indonesia? chis! haha
hahaaha cakap lagi bahasa indon.. ngee
hehehe..abes tu sape…
penat dah berteka teki ni..
bgtau la..
plisssss..(wat muke sedey)
hihi
) aku tergelak lgi ngn si mimie nih.. xkn lah x dpt klu lg.. byk2 la baca kt entry sblm ni mimie.. si kamezaim ni dah byk bg klu pun.. enggak tahu lg..
Itulah pasal sue, hahaha pecah perut den dibuatnya.. kuikuikui ni lagi sorang nak jadi minah indon.. hehe
ni syg ke?? haha
Uih, bukan lah syg.. syg,jom g tngok wayang.. kuikui
errrr….jap..ai cekidout jap..u ols jgn perkotak katikkan ai oke..ai majok nanti…
ahhh!! gedik tibe2
hahaha habislah mimie, masuk kandang kambing mengembekkkk.. masuk kandang harimau mengucap lerr.. kah..kah..kah..
hahaha..how incredibly stupid of me kan? hadoi..sy bace 5-6 entry sebelum ni,tapi tak jumpe clue..geram sgt,sy mintak pakcik google tolong carikan..lepas tu sy jumpe ni..
“Sekadar Seorang Insan | August 9th 2009 by Zaril Naim
Assalamualaikum..Salam ahad untuk semua. Semoga hari ini dan seterusnya menambahkan lagi keceriaan dalam hidup kita semua. Lagi beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut ramadhan, terasa cepat sungguh masa berlalu. hehe Sebenarnya apa yang ka read more”
rasanya dah tau kot..huhuhuhuhu…
Pakcik google ni mmg nak kena ar.. Tunggu ar,nak p luku kepala pakcik google tu.. hehhe Apa punya lambat daa,siput sedut pun dah tahu.. kah..kah.kah…
hahaha…mane la sy tau..baru semalam jengah blog awk ni..kalo sue ngan zayani tu mmg la dorang tau..dah kenal kot.heehehhe
jgn luku paler pakcik gugel saya..sian dia..upah cari td pun x bagi lagi taw.
:p
Baru semalam erk jengah blog ni.. hehe ingatkan dah berkurun lamanya.. hehe sian awk mimie, jahat betul si sue tu.. ada ke patut gelakkan awk.. dah la gelakkan awk,dgn sy2 sekali kena gelak dgn dia.. dia tu mmg nak kena tu.. hehe
ape nme syg yg sbnarnye??
hahahaha ni ada lagi sorang yg masih ngak mengerti.. kuikuikui
org tnye je la..huhu
si zaril yg gay..
kuang3.. akhirnya si mimie dpt jugalah tahu siapalah si kamezaim nih.. sedangkan si zayani.. mcm2 wat2 tak tau jek..
kuang asam ye si sue ni.. nak kena ni.. ngee
gaya dua2 orang punya lah macho. bleh buat pompuan terpikat hati limpa hempedu…tapi…ish ish ish..sabo ja lah..
Uih nazra, tak kan dah terpikat kot.. ngee sabar2.. klu terpikat kat kamezaim xpelah juga.. lelaki sejati ni beb.. hehe bukan gay bukan lesbian.. hahaha
Salam kamezaim…bila dah dekat akhir zaman, nafsu beraja dihati.
betul tu tok nabe.. dunia kian berubah.. ops,dunia tak pernah berubah tp manusia je yg merubahkannya..
ini isu terjah ke?? haha
isu terjah mcm mana cik epal? uih,ni mesti suka makan epal ni.. kuikui