Gadis Melayu Vs Gadis Barat..


Hidup ini tak seindah yang diimpikan. Selagi kita bernafas, selagi itulah kita tidak kan mampu lari dari menempuh dugaan demi dugaan. Walau kita sering mencuba untuk menjadikan hidup kita ini adalah yang terbaik sekali namun selalu saja ianya tidak kesampaian.. Kadang-kala kita puas untuk memahami diri seseorang hingga kita melupakan segala kepentingan diri namun tiada yang sudi untuk memahami diri ini..
Aku tidak pernah meminta agar diri ini disanjung mahupun dipuja, cukuplah sekadar diri ini dihargai. Aku tidak pernah meminta balasan diatas apa yang pernah aku lakukan, cukuplah sekadar ianya dihargai dan diingati. Aku tidak mengharapkan seorang wanita yang sempurna dari zahirnya. Aku tidak minta seorang wanita yang punya rupa-paras yang sangat menawan. Kerana wanita yang punya rupa-paras yang sangat menawan, hari-hari sudah biasa ku temui & miliki. Kalau dulu aku sering terpaku memandang kejelitaan gadis-gadis melayu yang berkeliaran di sekitar-sekitar pusat membeli-belah, tapi kini tidak lagi. Kerana ku sudah temui yang lebih jelita dari itu. Tapi bukan itu yang aku cari, apa yang aku cari adalah seorang gadis yang penuh dengan sifat seorang wanita dan adat melayunya. Biar miskin rupa parasnya namun kaya dengan budi pekertinya..
Aku inginkan seorang wanita yang tahu menghargai diri aku. Walaupun aku sedar akan kekurangan diri ini, namun aku juga mengharapkan agar diri aku dihargai. Aku mahukan wanita yang tahu menghormati aku dan tahu menjaga hati dan perasaan ku. Aku pernah bercinta dengan gadis cina dan aku juga pernah bercinta dengan gadis Filipino. Aku mengenali gadis cina ini secara tidak sengaja. Namanya Ivy, cantik rupa parasnya. Boleh dikatakan anak orang yang berada. Ayahnya juga adalah orang yang aku kenali. Dari teman biasa hinggalah timbul bibit-bibit cinta antara kami. Pada mulanya, aku langsung tidak terfikir akan semua itu tapi apakan daya, bila hati mula berbicara. Aku bagai tidak percaya bahawa seorang gadis cina mempunyai perasaan pada seorang lelaki melayu seperti aku. Apalah yang dia cari pada diri ku ini. Malah, perhubungan kami turut mendapat restu dari keluarganya. Aku sering berkunjung ke rumah mereka atas jemputan mereka. Ivy yang bekerja di syarikat milik ayahnya sebagai pengurus operasi jauh bezanya dengan aku yang bekerja di peringkat bawahan ini. Pernah aku ajukan padanya bahawa antara kami tidak setaraf dan tak mungkin kan dapat bersama namun segala itu disangkal oleh Ivy. Dia marah pada aku bila aku meletakkan jurang antara kami. Dia pernah berkata pada aku, kekayaan dan kemewahan segalanya datang dari Tuhan. Kita yang harus berusaha untuk mencarinya. Dari miskin tak mustahil kan jadi kaya dan dari kaya tak mustahil juga kan jadi miskin..
Dan dalam masa itu juga, aku mengenali seorang gadis Filipino. Memang cantik dan menawan. Tapi aku tidak punya perasaan terhadapnya. Aku hanya menganggap ianya hanyalah teman biasa tapi tidak baginya. Hari-hari dia meluahkan perasaan pada aku hingga mengganggu tugas aku seharian. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mereka itu bukan gadis melayu.. Kenapa gadis melayu tidak memandang pada insan seperti ku sedangkan gadis cina dan filipino boleh memandang aku dan mengharapkan kasih sayang dari aku. Aku tidak mahu gadis Filipino dan aku juga tidak mahu gadis cina, aku cuma mahukan gadis melayu. Aku punya ramai kawan wanita yang terdiri daripada gadis cina, gadis india, gadis Filipino, gadis Gana, Gadis Tanzania dan juga gadis-gadis barat seperti Amerika, Australia, Canada dan sebagainya. Sampai satu tahap tu aku sendiri tak mampu nak melayan mereka semua. Dengan bahasa Inggeris aku yang berterabur namun mereka senang berkawan dengan aku. Bila mereka datang tempat aku bekerja, mereka pasti mencari aku dulu. Apa yang mereka cakap mungkin aku faham tapi belum tentu apa yang aku cakap mereka kan faham.. hehe Pernah satu ketika itu aku speaking english dengan mereka sampai mereka ternganga tak faham apa.. haha Tapi apa yang membuatkan aku respect pada mereka adalah, sedikit pun mereka tak ketawa bila aku salah dalam speaking. Malah, mereka sering membantu memperbetulkan speaking aku. Cuba kalau aku speaking dengan rakyat malaysia yang lain terutama sekali bangsa melayu, mahu mereka ketawa kat aku sampai terguling-guling.. hehe Sebab itu aku suka berkawan dengan mereka..
Mereka langsung tak nak ambil tahu latar-belakang aku ke, apa dosa-dosa aku sebelum ni ke. Pernah aku bertanya kenapa, jawapannya cukup ringkas. Friendship Forever. Mereka tak nak ambil tahu siapa aku, apa yang mereka tahu sekali berkawan selamanya jua kan berkawan. Ada diantara mereka yang punya jawatan tinggi di Malaysia, ada jurutera dan sebagainya tapi bila duduk semeja dengan aku, seolah-olah semuanya serupa saja. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Mereka minum Black Label, Hannessy dan sebagainya tapi aku minum jus oren jer. hehe Aku tak minum arak. Setiap kali aku lepak dengan diorang mesti diorang marah bila aku berlakon konon-konon nak bayar.. hehe Malah kadang-kadang tu aku selalu dapat tips dari mereka. Aku seronok bila mereka seronok berkawan dengan aku. Aku rasa benar-benar diri ini dihargai. Pakaian mereka jangan cerita lah beb, tergugat iman aku.. haha Badan sedap, tinggi lampai plak tu.. Uith.. hehe
Kerana itulah aku sering terfikir, kenapa gadis melayu sukar menerima aku. Aku inginkan gadis melayu kerana aku juga seorang melayu. Kalau gadis barat boleh berkawan dengan aku, kenapa tidak gadis melayu. Aku bukan nak agung-agungkan gadis barat tapi itulah hakikatnya, gadis melayu hanya memandang rupa, harta dan nama. (Bukan semua) Bila ditanya kenapa, jawapannya sama saja. Untuk kesenangan di masa hadapan. Tidak terfikirkah mereka seperti kata Ivy tadi, kesenangan dan kemewahan segalanya datang dari Tuhan. Dari seorang yang miskin tak mustahil menjadi seorang yang kaya-raya dan tak mustahil juga dari seorang yang kaya-raya boleh jadi seorang yang papa kedana..Semuanya kuasa Tuhan.
Ada juga mereka offer aku kerja dengan mereka, nantilah aku fikirkan. Banyak aspek yang harus difikirkan. Banyak juga banefit yang mereka bagi pada aku kalau aku bekerja dengan syarikat mereka. Sekarang baru aku tahu bahasa Inggeris itu penting dalam kehidupan kita. Setelah aku punya ramai kenalan berbangsa inggeris, baru aku tahu bahasa mereka berguna. Kalaulah aku kenal mereka masa aku sekolah dulu, dah tentu aku belajar bahasa inggeris ni betul-betul.. hehe Menyesal pun ada.. haha Tapi serius aku cakap, bila orang melayu cakap bahasa inggeris mungkin aku senang untuk faham. Tapi kalau orang inggeris sendiri cakap bahasa inggeris, perghh macam air terjun beb.. haha Aku yang ternganga.. haha Aku bawa mereka pekena nasi lemak kampung baru, terkejut mereka. haha Pedas gilerr.. Aku gelak tak ingat apa.. Aku bawa mereka pekena cendol pulutlah, roti jala dan macam-macam lagi.. haha Aku dah jadi macam pemandu pelancong plak.. haha Mereka datang Malaysia dah lama cuma mereka tak ada kenalan malaysia macam aku yang gila-gila sikit ni. haha Kenalan-kenalan mereka di Malaysia semuanya setaraf dengan mereka. Manalah nak tahu cendol pulut semua ni.. hehe
Dengan Ivy tadi tu, aku masih lagi berkawan dengan dia. Aku suka berkawan dengan dia kerana dia punya pemikiran yang terbuka. Walaupun dia pakai BMW 5 Series dan aku hanya pakai Proton Saga tak berseries, tapi dia tak pernah malu bila keluar dengan aku. Dia tak pernah malu bila naik kereta aku depan kawan-kawan dia yang lain. Muka dia slumber je.. Tu yang buat aku respect dia. Walaupun Ivy, Gadis Filipino dan gadis barat sangat cantik dan menawan, tapi cantik lagi gadis melayu.. Sebab tu aku nak gadis melayu..!! Aku nak gadis melayu..!! Wuargh.. Wuargh.. Umi, nape kau jual mahal dengan aku hah.. :p
no komen psl gadis barat tu.. hehe, ramai lg gadis melayu pe.. mungkin xde lg yg sudi.. tu.. sabar2 jerlah
mmg la ramai lagi gadis melayu tp gadis melayu n memilih tanpa mengukur diri sendiri.. hehe
bersabarlah…. stp insan itu telah Allah ciptakan untuk berpasang2an. InsyaAllah… pasti suatu hari nanti akan hadir gadis melayu yang menerima dirimu seadanya… (~_^)
Terima kasih yayang..