Archive for the ‘Tertekan’ Category
Modem Terlena Seketika..
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, hari ni kamezaim dapat lagi berada di alam maya ini setelah semalam dan hari sebelumnya tidak dapat untuk berada di sini memandangkan masalah teknikal pada modem. Modem tidak berfungsi menyebabkan perjalanan internet terhenti. Kamezaim ingat modem yang rosak, rupa-rupanya dia punya adapter yang rosak. Kamezaim pergi ke Tm untuk bertanya dengan lebih lanjut, alhamdulillah adapter itu dapat ditukar malah ianya adalah percuma. Sedangkan modem ni dah tamat tempoh jaminan dia. hehe Terima kasih buat saudara lelaki yang bekerja di Tm tu kerana menukarkan adapter ini dengan percuma.
Rasa lega sikit dapat main tenet, hehe Kalau tidak tidur pun tak senang. Kalaulah modem yang rosak, siaplah sekurang-kurangnya Rm 100. Fuh, nasib baik bukan modem yang rosak. hehe