Archive for the ‘Pendapat Anda’ Category
Mayat Berjalan Balik Ke Rumah??

Betul ke? Kamezaim terima e-mail ni dari seseorang. Dia kata mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Mayat boleh berjalan ke?. Anda tafsirlah sendiri.. Dekat bawah ni ada info tentang mayat ni yang kamezam terima dalam e-mail tersebut.. :-
Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit
bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki
dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.
Anda fikirlah sendiri… hehe
Kembali Menggamit Memori..
Assalamualaikum..
Wah, rasa macam dah lama tak update blog ni. Kali terakhir kamezaim update blog ni pada 18 April. Hari ni dah 2 Mei. hehe Kamezaim sibuk sikit, sibuk dengan pelbagai hal yang hendak diuruskan. Pening kepala, letih dan penat. Kecewa dan hampa semuanya ada. Memang banyak betul dugaan demi dugaan yang kamezaim terpaksa hadapi sejak dua menjak ni..
Anda semua sihat?. Buat Idalara, kamezaim bukan melupakan Idalara. Cuma tuntutan waktu itu tidak mengizinkan. Betul kata orang, kehidupan ini tak semestinya indah seperti di dalam mimpi. Kita hanya manusia, tak kan pernah lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kala kita tak sedar kesilapan yang kita lakukan hinggalah kita tersedar bahawa sudah jauh kita terpesog dari jalan yang sebenar. Memang susah untuk kembali ke jalan yang sebenar, memerlukan keyakinan dan semangat yang tinggi..
Kamezaim cuma nak bagitahu anda yang kamezaim ada buat lagi satu blog. Blog tersebut mengisahkan segala-galanya tentang muzik tanah air. Di sana juga anda boleh muat-turun lagu-lagu yang pernah berada di persada muzik tanah air suatu ketika yang dulu. Untuk pergi ke sana, anda bolehlah melayari PMTA. Manakan ada yang baru kalau tiada yang lama.. hehe Sebelum anda muat-turun lagu di sana, anda haruslah terlebih dahulu mendaftar sebagai ahli. Pendaftaran sebagai ahli adalah percuma. Anda hanya perlu mengisi butiran-butiran yang telah disediakan. Marilah sama-sama kita hidupkan kembali era kegemilangan persada muzik tanah air suatu ketika dulu..
