Archive for the ‘Luahan Hati’ Category
22 Mei Pudar Tanpa Serinya..
Hari ni aku sedih sangat-sangat.. Sepatutnya hari ini aku gembira tapi lain pula jadinya. Ku nanti dan terus menanti namun tiada seorang pun yang mengucapkan Selamat Hari Lahir buatku.. Tapi masih ada juga segelintir kawan-kawan ku yang masih ingat akan hari kelahiran ku. Orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir pada aku adalah Suhaila. Ayah aku, kakak-kakak aku dan juga abang-abang aku dah pun lupa hari lahir aku.. Hurm.. Terima kasih juga buat Norhaslinda yang tak lupa juga pada hari lahir aku. Aku tak mengharap apa-apa hadiah mahupun benda, cukuplah sekadar ucapan tulus ikhlas dari hati..


Tanpa ku sedari, masih ada lagi seorang insan yang sudi meraikan hari kelahiran aku. Thanks Lydia kerana sudi meraikan hari lahir aku dan menemani aku seharian. Kehadiranmu memberi sinar yang baru dalam hidupku. Sungguhpun kita berlainan Agama, bangsa dan darjat, namun kau tak pernah menjadikan ianya satu jurang di dalam perhubungan kita. Itulah yang membuat aku kagum dengan dirimu.. Aku senang bila keluar dengan mu, terasa tenang bila memandang senyuman yang sentiasa terukir di bibirmu. Terima kasih Lydia..
Ntah bilalah agaknya dapat berjumpa dengan awak lagi.. hehe Nanti saya sakit saya pergi cari awak je lah.. hehe Jangan marah ye Lydia, gurau-gurau saja.. Menghiburkan hati yang kian parah ini.. :p
Terkuburnya Sebuah Impian..

Kau umpama mawar, hidup dalam serba yang ada. Kau punya tempat untuk mengadu, kau punya tempat untuk menumpang kasih. Manakala aku hanyalah umpama kemboja, hidup dalam serba yang tiada. Tiada tempat untuk mengadu, tiada tempat untuk menumpang kasih. Hidup menumpang di sana-sini, meniti hari sebelum melangkah pergi. Itupun masih aku belum sedar diri, ada hati ingin memetik mawar yang kembang mekar menghiasi taman sedangkan aku hanyalah kemboja yang tiada berseri. Kau buatku menyayangi dirimu dan kau buat aku menyintai dirimu hingga aku tidak pernah terfikir bahawa kau akan pergi meninggalkan aku sendirian tanpa rasa belas dan kasihan. Ternyata salahnya ada pada ku, terlalu mempercayai dirimu hingga aku korbankan segala yang ku ada. Akhirnya aku sendiri yang merana dan terseksa sedangkan kau berbahagia di sana di samping insan yang kau puja. Akhirnya aku sendiri dan sendiri lagi..
Malangnya nasib diriku, mengharap setitis kebahagiaan darimu namun penderitaan yang kau berikan padaku sebagai balasan cinta suci yang telah ku berikan padamu. Sungguh tidak ku sangka, kau sekejam ini. Sanggup melihat aku hidup menderita keranamu dan sanggup melihat aku hidup sengsara tanpa dirimu. Kenapalah kau seksa aku begini, di manakah hati dan perasaan mu sebagai seorang wanita. Ke mana hilang janji dan sumpah setia, yang pernah kau katakan pada ku dulu. Adakah ianya hanya sekadar di bibirmu saja. Ternyata salahnya ada pada ku lagi, kerana terlalu mempercayai segala kata-kata dan janji-janji manismu. Itulah kelemahanku, mudah percaya pada segala janji dan sumpah, dan akhirnya aku sendiri yang terkecewa..
