Archive for the ‘Kisah Dan Kamezaim’ Category
Selamat Hari Lahir, Abah..

Alhamdulillah, bertemu lagi kita disini. Hari ini genaplah 58 tahun usia ayahnda kamezaim. Alhamdulillah, walaupun usia ayahnda kamezaim sudah mencecah 58 tahun namun masih kuat dan bertenaga serta sihat dari sebarang penyakit. Terima kasih abah, terima kasih di atas segala-galanya. Segala budi dan pengorbananmu tak termampu untuk ku balas. Beruntung aku kerana memiliki seorang ayah seperti dirimu dan aku bangga kerana dihujung nama ku berbinkan namamu. Andai suatu hari nanti aku bergelar seorang ayah, ingin aku jadi seorang ayah sepertimu..