Archive for the ‘Kawan’ Category
Gadis Melayu Vs Gadis Barat..


Hidup ini tak seindah yang diimpikan. Selagi kita bernafas, selagi itulah kita tidak kan mampu lari dari menempuh dugaan demi dugaan. Walau kita sering mencuba untuk menjadikan hidup kita ini adalah yang terbaik sekali namun selalu saja ianya tidak kesampaian.. Kadang-kala kita puas untuk memahami diri seseorang hingga kita melupakan segala kepentingan diri namun tiada yang sudi untuk memahami diri ini..
Aku tidak pernah meminta agar diri ini disanjung mahupun dipuja, cukuplah sekadar diri ini dihargai. Aku tidak pernah meminta balasan diatas apa yang pernah aku lakukan, cukuplah sekadar ianya dihargai dan diingati. Aku tidak mengharapkan seorang wanita yang sempurna dari zahirnya. Aku tidak minta seorang wanita yang punya rupa-paras yang sangat menawan. Kerana wanita yang punya rupa-paras yang sangat menawan, hari-hari sudah biasa ku temui & miliki. Kalau dulu aku sering terpaku memandang kejelitaan gadis-gadis melayu yang berkeliaran di sekitar-sekitar pusat membeli-belah, tapi kini tidak lagi. Kerana ku sudah temui yang lebih jelita dari itu. Tapi bukan itu yang aku cari, apa yang aku cari adalah seorang gadis yang penuh dengan sifat seorang wanita dan adat melayunya. Biar miskin rupa parasnya namun kaya dengan budi pekertinya..