Archive for the ‘Geram’ Category
Streamyx Oh Streamyx..

Assalamualaikum..
Hehe Maaflah sebab dah lama tak update blog ni. Mesti ramai yang tertanya-tanya kan ke manalah agaknya kamezaim ni menghilang.. Cuihh.. Perasan, siapalah yang sudi nak tanya tentang diri ini.. hehe Kamezaim tak menghilang ke mana pun cuma sibuk sikit je. Lagipun kamezaim dah pindah rumah baru, tak tinggal lagi dekat rumah lama. Dalam erti kata lain, dekat rumah baru ni masih belum daftar Streamyx lagi.. Ekekeke Maka keraslah jari ni sebab dah lama tak menaip..hehe
Apapun kamezaim ucapkan terima kasih kepada Sueella kerana beliau begitu prihatin pada kamezaim. Asal kamezaim hilang je dari sini mesti dia sms tanya kamezaim. hehe Rindulah tu kat kamezaim.. Ecehceh.. Apapun, kamezaim ingin mengucapkan takziah kepada beliau di atas kepergian Ibu tercinta. Semoga roh arwah ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman. Amin..
Kamezaim akan cuba dengan kadar segera untuk mendapatkan Streamyx dekat rumah ni. Dah jemu berulang-alik ke Cyber Cafe. hehe Bosannya hidup ni tanpa Streamyx.. Wuargh.. Wuargh.. Dekat rumah ni kabel telipon dah ada cuma belum fix je lagi. Ntah berapalah agaknya nak kena untuk register nombor telipon rumah tu. Lepas tu nak register streamyx lagi.. Wuargh.. Wuargh.. Patutkah aku beralih arah dari Streamyx ke P1 W1MAX?. Apa pendapat korang semua?.

* Kalau orang Gombak atau Kelana Jaya nak tolong support untuk dapatkan Streamyx tak mengapalah juga.. Ngeeee Mampu beli PS, TV Plasma 42′, tak kan tak nak support sikit kot.. Kuikuikui.. :p
Blog Yang Celaka..

Assalamualaikum..
Kali ni kamezaim nak bagitahu anda satu blog yang memang dikategorikan sebagai blog yang paling tak guna sekali. Semalam kamezaim berjalan dari satu blog ke satu blog dan kamezaim temui blog ni. Blog ni telah menghina agama Islam dan juga Al-Quran. Kamezaim sendiri pun tak tahu penulis blog tu beragama apa kerana agama Islam, kristian dan juga lain-lain agama juga turut dihinanya. Barang-kali dia tidak punya agama rasanya. Orang seperti itu tidak layak untuk hidup di muka bumi.. Jom pergi sini kalau anda nak tahu dan baca artikel-artikel yang ditulis di dalam blog celaka tu.. ===>> Blog Celaka
……………………………………………………………………………………
