Sesi Uji Bakat Raja Basah..

Kamezaim selalu juga tengok pertandingan raja lawak dekat astro tapi tak de lah lawak giler sampai macam ni.. hehe Ini memang betul-betul raja lawak ni. hehe Orang buat pemilihan raja lawak dekat tempat lain, diorang ni pula buat dekat tempat lain. Ish, silap jalan kot.. Menurut berita, mereka ini di tangkap khalwat di dalam sebuah bilik hotel di sekitar Kuantan. Bila di tanya, mereka kata mereka datang dari mentakab untuk menghadiri sesi ujibakat raja lawak. hehe Memang sah diorang ni akan terpilih untuk pertandingan raja lawak tu.. hehe Jom kita baca berita penuh.. ^_^
KUANTAN: Impian seorang juruwang wanita untuk menjadi artis dengan menyertai uji bakat satu program realiti televisyen di sebuah pusat beli-belah di bandar ini berkecai apabila dicekup penguat kuasa agama di sebuah hotel bajet di sini, selepas disyaki berkhalwat, semalam.
Juruwang berusia 19 tahun itu ditahan bersama seorang juruteknik berusia 23 tahun selepas didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga mendatangkan syak dalam serbuan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), kira-kira jam 7.15 pagi.
Ketika disoal penguat kuasa agama, wanita yang bekerja di Bukit Tinggi, Bentong itu mendakwa tiba di bandar ini kelmarin bersama tiga rakan lelaki untuk menyertai uji bakat itu yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama negeri, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata walaupun tiga lelaki terbabit mendaftar bilik berasingan, seorang daripada mereka didapati berdua-duaan dengan wanita itu dalam sebuah bilik lain.
“Pemeriksaan mendapati, wanita terbabit hanya memakai baju-T dan bertuala manakala pasangannya juga berbaju-T dan seluar pendek ketika bilik mereka diserbu.
“Kedua-dua mereka yang berasal dari Mentakab, dekat Temerloh, awalnya memberitahu mempunyai urusan kerja di bandar ini sebelum mengaku sebenarnya ingin menyertai uji bakat satu program realiti televisyen,” katanya.


urm..tak brdose ke Jaip tgok prempuan tu?? hehe
Berdosa?. Uih,rezeki depan mata tengok je lah.. Sape suruh buat ujibakat sendiri.. ngee..
ye la..kn tak baik kalo tgok aurat org lain..huhu
Habis tu, dia pun tunjuk aurat dia dekat org.. Apalah sayang ni.. hehe
huih. apa sayang sayang ni weh. YM la klau nk berkasih syg.. wakakka
ops..ade org jeles..
ala..kamezaim dah ade makwe baru la..haha ^_^
Dia tak kasi YM Id mcm mana nak guna YM.. ekeke
amboi2 semenjak dua menjak ni kisah panas2 je kat sini..ish,ish,ish…nasib baik bukan si kame ni yg g tangkap..kalau tak bukan dak pmpuan tu kena tangkap tp sebaliknya..si kame yg kena tangkap dgn dak pompuan tu..hahahaha..
apalah idalara ni.. ayat berterabur.. kuikui bukan dak pompuan tu yg kna tangkap,sebaliknya kamezaim dgn dak perempun tu yg kena tangkap.. uih,mcm mana tu jang? xfaham..xfaham.. haha
betul tu zaryl..
nk berkasih syg g le kt ym ke…tau le si kame tu kekurangan kasih sayang…hehehehe
Apa barang guna YM.. ekeke
haha.. si kamezaim.. otak dah sengal tuh.. sbab tu kuar citer panas2 jek..
sengal yerr.. xpe..xpe..
napa la diaorang tangkap gambar camtu..mengaibkan la..kalo iya pun..bagila la pompuan tu pakai baju dulu..iskk
ok la tu… padan muka x dapat jadi artis
alahai..bagi la cik adik tu pakai baju dulu pakcik oiiii…pakcik jaip ni kang..aku suh masuk raja lawak jugak kang..