Cerita Serupa Berlainan Warna..

Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik, lagi beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2009. Bermulalah tahun yang baru iaitu 2010. Apapun, masa tetap kan berlalu dan tak pernah akan menunggu kita. hehe Tadi kamezaim ada terbaca akhbar harian metro. Ada 2 artikel yang agak menarik untuk dibincangkan disini. Yang pertama adalah “Adegan Terlampau” dan yang ke dua pula adalah “Lari Bogel Dalam Selimut“. Antara dua cerita ini mempunyai persamaan namun lain warnanya. Jom kita tengok dulu artikel mengenai “Adegan Terlampau“.
KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.
Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.
Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.
Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.
Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.
Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.
Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.
“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurut beritanya, gadis yang berusia 14 tahun tersebut telah melakukan hubungan seks dengan 5 lelaki secara serentak. Pihak Polis juga telah menubuhkan satu pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit. Kenapa lima suspek?. Kenapa bukan 6 suspek termasuk gadis tersebut?. Seksyen 376 Kanun Keseksaan adalah hukuman bagi kesalahan merogol. Adakah 5 suspek tersebut telah merogol gadis yang berusia 14 tahun itu?.
Istilah rogol adalah melakukan seks tanpa kerelaan atau dalam erti kata lain secara terpaksa. Adakah 5 suspek tersebut dikategorikan sebagai perogol sedangkan ianya juga adalah dari kerelaan gadis tersebut. Kenapa hukuman berat hanya dikenakan kepada kaum lelaki yang dianggap perogol sedangkan wanita yang merelakannya tidak dikenakan hukuman yang sama. Kamezaim bukan nak mempertikaikannya, kamezaim cuma ingin berkongsi mahupun menerima pendapat dari anda mengenai disebalik kejadian ini.
Jom kita tengok pula berita yang ke dua, tajuknya adalah “Lari Bogel Dalam selimut“.
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita terpaksa meredah semak dengan tubuhnya hanya dibaluti selimut dalam usaha melarikan diri daripada menjadi mangsa kerakusan seks bekas teman lelaki.
Kejadian berlaku selepas mangsa terpedaya dengan pujukan bekas teman lelakinya yang meminta dia menemaninya bersiar-siar kira-kira jam 9.30 pagi, Sabtu lalu.
Mangsa mendakwa dihubungi lelaki berusia 24 tahun itu ketika dia yang bersendirian berada di rumahnya di Kampung Wakaf Mesira, Tepuh di sini, sebelum lelaki terbabit membawanya ke kawasan berkenaan.
Sebelum kejadian, lelaki yang pernah menjalinkan hubungan sebagai kekasih dikatakan memasuki sebuah premis 24 jam dan sebaik memasuki semula kereta, suspek dengan angkuhnya menunjukkan kondom yang dibeli dari premis berkenaan.
Mangsa yang mula mengesyaki niat jahat lelaki terbabit bagaimanapun mendiamkan diri dan sebaik tiba di kawasan semak di Kampung Pagar Besi di sini, suspek dengan rakusnya menarik mangsa keluar dari kereta.
Mangsa yang tahu niat jahat lelaki terbabit bagaimanapun enggan menuruti kehendaknya menyebabkan suspek bertindak ganas mendukung mangsa sebelum membaringkannya dalam kawasan semak dengan beralaskan selimut.
Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang semakin takut dengan tindakan lelaki terbabit bertindak pantas melarikan diri, tetapi gagal sebelum lelaki berkenaan menanggalkan pakaiannya.
Dalam persediaan lelaki terbabit merogolnya, mangsa kemudian mengambil kesempatan kedua melarikan diri walaupun ketika itu badannya hanya dibaluti selimut.
Namun cubaan kedua mangsa menyebabkan suspek berang dan bertindak menumbuk mangsa selepas berjaya menghalang cubaan kedua wanita berkenaan melarikan diri.
Katanya, melihat mangsa terbaring di atas selimut dalam semak berkenaan, suspek merogol mangsa yang ketika itu tidak bermaya dengan tindakan ganas lelaki terbabit.
Beliau berkata, sebaik merogol mangsa, suspek turut merakam gambar mangsa menggunakan telefon bimbit sebelum menghantarnya pulang ke rumah rakan di kampung sama.
Katanya, mangsa membuat laporan polis berkaitan kejadian itu pada hari sama dan tangkapan terhadap lelaki terbabit dilakukan pagi kelmarin.
Menurutnya, polis turut merampas selimut dan telefon bimbit yang akan dijadikan barang bukti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Yang ini memang sepatutnya dikenakan hukuman Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Kerana merogol tanpa kerelaan. Yang ini memang sah lelaki tersebut telah merogolnya. Yang ini baru boleh menggunakan istilah rogol. Walaupun ada kesilapan yang dilakukan oleh wanita tersebut namun ianya tetap dikategorikan sebagai jenayah rogol. Kesilapan wanita tersebut adalah :-
1) Sebelum kejadian, lelaki yang pernah menjalinkan hubungan sebagai kekasih dikatakan memasuki sebuah premis 24 jam dan sebaik memasuki semula kereta, suspek dengan angkuhnya menunjukkan kondom yang dibeli dari premis berkenaan. Mangsa yang mula mengesyaki niat jahat lelaki terbabit bagaimanapun mendiamkan diri dan sebaik tiba di kawasan semak di Kampung Pagar Besi di sini, suspek dengan rakusnya menarik mangsa keluar dari kereta.
Kalau dah mula mengesyaki niat jahat lelaki tersebut, mengapa harus berdiam diri?. Siap lelaki tu tunjuk lagi kondom, tak kan tak reti-reti lagi kot.
Kepada sesiapa yang ingin berkongsikan pendapat mengenai dua cerita yang punya persamaan namun berlainan warnanya ini, diharap meninggalkan diruang komen yang telah disediakan. Sekadar untuk renungan kita bersama. Yang baik kita dengar, yang tak baik kita lupakan. Yang telah terjadi, kita jadikan pengajaran..
Nauzubillah…..takutnya bila memikirkan nasib anak2 zmn sekarang. Anak aku kecik lagi, risau btul. mcm2 kes la ni, budak sekolah agama pun boleh mengandung anak luar nikah. Macam mana nk elakkn benda2 mcm ni. Bila anak aku dh besaq nanti, nk kurung anak aku dlm rumah ke? @ aku ikut mana dia nk pi. Aku pun tak nk bermenantukan anak luar nikah yg x pasti susur galur keturunannya. Dan apalah nasib anakku nanti kalau aku mati awal sebelum dia kahwin?
haha tu la, jaga anak dara awk tu.. ekeke Uih,jgn kurung anak dalam rumah, takut nanti pokok pelam depan rumah dah besar pun dia tak tau.. ekeke Mampu ke nak ikut kemana saja dia pergi.. hehe Lebih baik pasang GPS.. haha Anak luar nikah tidak berdosa, jgn menghukum mereka sedemikian. Bukan mereka yg menginginkan untuk lahir ke dunia ini sebagai anak luar nikah,jgnlah pinggirkan mereka ye Iza.. hehe Uih,jgn lerr sebut pasal mati.. sensitif tu Iza.. hehe InsyaAllah, Iza akan dpt lihat anak dara Iza tu naik pelamin.. dengan kamezaim kot.. hahaha
yang kes kedua 2 yang wanita kne rogol tu kwan aku…cian plak kt dye,,tp bg aku 2-2 antare diowang 2 salah,,yang lelaki buat cm 2 sal trlalu syg kt pompuan 2..tp pempuan 2 plak yang men3 kan dye..
mintak dijauhkan kita semua drpd sebarang bencana yg memudaratkan..
harap2 pun begitulah ye cik Nazra.. hehe
terima kasih singgah diblog kami….sunnguh menarik blog anda
Sama2 En. Aireel.. Terima kasih atas pujian tersebut.
sangat menarik, terima kasih
Aslkm,ape khbr tuan rumah ?nice info web,keep blogging ok,kalau ade mase,please viist blog saye ni plak di http://sepontan.blogspot.com ,ok jumpe lg erk..,